Harga untuk Akhirat Kita
Alhamdulillah...thumma alhamdulillah. Syukur kerana masih mempunyai kekuatan untuk menulis disini. "Harga untuk akhirat kita", apakah sesuai untuk dibicarakan? Ya, setiap insan mempunyai impian untuk kejayaan hidup didunia dan akhirat. Namun setakat mana kita bersedia untuk membayar persediaan untuk akhirat kita? Semenjak kecil ibubapa membayar kelas-kelas tambahan khusus untuk kejayaan anak-anak hidup didunia. Jika dihitung perbelanjaan untuk kehidupan dunia kita adalah begitu besar. Apakah perbelanjaan untuk akhirat kita juga besar ataupun kita mengharapkan semuanya datang percuma. Ya, kita tidak pernah mempertikaikan pelbagai bayaran, cukai, bayaran pendaftaran program motivasi dan sebagainya. Akan tetapi bila kita ingin menghadiri kelas-kelas al-quran, kelas agama dan sebagainya untuk persediaan akhirat kita, ramai yang merungut serta mengharapkan semua itu diperolehi secara percuma. Apakah kita bersikap adil dengan diri kita? Ada yang menganggap guru-guru q...