Majlis Khatam Hafalan


Alhamdulillah minggu lepas salah seorang anak kawan berjaya menghabiskan hafalan quran 30 juzuk. Beliau baru berumur 12 tahun dan bersekolah seperti biasa.

Sebenarnya itulah amalan orang-orang Arab, ibu akan memastikan anak mereka menghafal quran setiap hari. Mereka tidak menyerahkan tugas tersebut kepada orang luar. Jadi hafalan tersebut dilakukan secara rutin harian, sedikit demi sedikit, akhirnya berjaya menghabiskannya.

Hafalan quran adalah rutin harian dan ia tak terpisah daripada aktiviti-aktiviti lain. Ia adalah aktiviti tambahan diluar waktu persekolahan, dan salah satu cara mendekatkan hubungan ibubapa dan anak-anak. Cantikkan cara sebegini?

Ini amat berbeza dengan amalan dinegara kita, bilamana anak-anak kecil dihantar ke asrama semata-mata nak menjadikan mereka seorang penghafal quran. Anak tersebut menghafal quran dengan pelbagai ujian lain, terpisah daripada ibubapa, mengurus diri sendiri, belajar hidup dengan kawan diasrama, serta banyak lagi ujian lain yang tak sepatutnya dihadapi ketika itu.

Ya, dinegara kita, ramai ibubapa berjaya melatih anak-anak berjaya melalui kesusahan hidup, dalam masa yang sama berjaya mencapai target mereka. Itulah beza cara kita dan cara mereka memupuk rasa cinta kepada Al-quran.

Apa yang nak diceritakan disini ialah majlis khatam hafalan yang kami, ibu-ibu rancangkan tanpa pengetahuan anak itu. Alhamdulillah ia berjalan lancar semalam. Tujuan utama kami adalah untuk meniup semangat kepada anak-anak yang lain agar berusaha menghabiskan hafalan mereka serta menghidupkan alquran dalam diri mereka.

Majlis diisi dengan bacaan al-quran oleh kanak-kanak tersebut, beberapa nasyid oleh anak-anak yang begitu brrsemangat untuk menunjukkan kebolehan mereka, bacaan qasidah serta hafalan anak-anak kecil.

Moga saya juga berjaya mendidik anak-anak remaja saya meneruskan hafalan mereka, disamping mendidik diri untuk sentiasa bertemankan al-quran. Satu impian besar yang akan tercapai suatu hari nanti, insya Allah.

Moga kita berjaya mendidik anak-anak mencintai al-quran, serta mempraktikkan akhlak al-quran dalam keluarga kita. Aamiin.




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Alam Bermusim

Tujuan Belajar Khat

Ilmu Allah itu Sangat Luas