Sebulan Sudah Berlalu

Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana diberikan kesempatan untuk menulis disini lagi.

Terasa sekejap masa berlalu, hari ini kita dipenghujung Januari. Alhamdulillah bulan yang bermula dengan kesibukan anak-anak menduduki peperiksaan semester pertama. Sekarang mereka masih lagi bercuti.

Alhamdulillah saya masih lagi bersemangat melakukan aktiviti berjalan pada waktu pagi, walaupun belum mampu melakukannya setiap hari. Setakat ini paling kurang empat kali seminggu alhamdulillah atas kejayaan kecil ini.

Biasanya saya menunggu sehingga terbit matahari sebelum keluar berjalan. Ini kerana cuaca masih sejuk pada awal pagi.

Alhamdulillah sepanjang cuti sekolah ini saya fokuskan untuk berkongsi kemahiran menulis khat dengan anak-anak jiran sebanyak dua kali seminggu.

Alhamdulillah seronok melayani kerenah mereka, ada yang begitu semangat membuat latihan, ada juga yang seolah-olah dipaksa oleh ibu mereka. Apa-apa pun semua terpulang kepada mereka. Semoga semuanya beroleh manfaat.

Semalam saya sempat menghadiri Mesyuarat Agung Perwakilan Muscat untuk 2019 kemudian diikuti kelas membuat gelang kristal. Alhamdulillah seronok juga mempelajari kemahiran baru. Saya sempat menyiapkan dua gelang, satu disimpan untuk diri sendiri dan dihadiahkan kepada anakanda tercinta.

Alhamdulillah syukur dan terimakasih kepada pengerusi Perwakilan kerana telah memberikan saya hadiah penghargaan diatas perkongsian kelas khat sebanyak tiga kali pada tahun lepas.

Alhamdulillah syukur kerana ada sedikit pencapaian diri yang lain daripada kebiasaan. Semoga bulan seterusnya ada penambahbaikan dalam aktiviti seharian saya.

Semoga Allah memberkati segalanya dan mempermudahkan urusan seterusnya. Aamiin.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Alam Bermusim

Tujuan Belajar Khat

Surat Rasulullah SAW kepada Raja Oman