Mengapa Terlalu Lambat?
Bermacam-macam urusan terpaksa disiapkan bila berada di kampung, biasanya urusan yang tertangguh selama setahun. Begitulah adat perantau... Bila ingat balik peristiwa yang dilalui sepanjang balik kali ini, terdapat pelbagai perkhidmatan yang terlalu lambat. Terfikir juga apakah dalam dunia canggih sebegini, kita masih perlu menjadi mangsa perkhidmatan yang tidak cekap. Bermula dengan perjalanan balik ke kampung dari KL. Memandangkan anak-anak ingin merasa naik keretapi maka kami sepakat untuk menaiki Ekspres Wau ke Kelantan. Namun begitu kami amat terkejut dengan perkhidmatan yang diberikan, bayangkan tempoh perjalanan yang teramat panjang. Kami bertolak pada pukul 8.30 malam tetapi cuma tiba di stesen Pasir Mas pada pukul 11.15pagi. Rupa-rupanya perkhidmatan ekspres tersebut telah ditukar kepada perkhidmatan antara bandar. Nasib badan... Teringat pula semasa belajar dulu, lebih kurang 18 tahun lalu saya pernah menaiki keretapi dari KL yang tidak mengambil masa seperti hari ini. Ketika...