Hadis Pilihan

Hadis kali ini adalah sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Imam-imam Muslim, Abu Daud, Tirmidhi, Nasaii dan Ibn Majah yang bermaksud:

"Sesiapa yang melapangkan seorang Muslim dari satu kesusahan dunia, Allah akan melapangkannya dari kesusahan-kesusahan hari Kiamat. Dan sesiapa yang memberi kemudahan kepada orang yang susah, Allah akan memberikan kemudahan kepadanya di dunia dan di akhirat. Dan sesiapa yang menyembunyikan rahsia seorang Muslim di dunia, Allah akan menyembunyikan rahsianya di dunia dan di akhirat. Allah akan menolong hamba-Nya selagi hamba-Nya menolong saudaranya."

Hadis ini amat berkait dengan adab kita sesama Muslim, yang mana ia dapat membantu mengukuhkan jalinan ukhwah sesama kita.

Dalam Islam persaudaraan ataupun ukhwah merupakan perkara penting, yang mana ia akan membantu memperkuatkan binaan masyarakat Islam. Sekiranya jalinan ukhwah sesama Muslim itu kuat, akan kuatlah masyarakat tersebut, akan tetapi jika jalinan tersebut longgar maka ia akan mudah terlerai. Bak kita menjahit baju, jika benangnya kuat, baju tersebut akan tahan lama, akan tetapi jika benangnya longgar, baju tersebut akan mudah terkoyak.

Begitulah cantiknya ajaran Islam, kita di ajar agar sentiasa membantu sesama kita yang mana Allah swt menjanjikan balasan yang lebih baik di akhirat kelak.

Begitu juga kita diajar agar menyembunyikan rahsia saudara kita, malah menutup aib mereka. Akan tetapi masyarakat kita lebih suka untuk mendedahkan kepincangan saudara sendiri, mereka amat suka mengorek kesilapan orang lain serta menyebarkannya untuk tatapan umum.

Ingatlah Rasulullah mengajar kita agar menyimpan segala rahsia kita, biarlah ia menjadi rahsia kita, begitu juga rahsia orang lain. Segala kesilapan kita hanya Allah yang mengetahuinya, maka mohonlah ampun kepada-Nya serta mulakan hidup baru.

Ingalah juga bahawa Allah akan menolong hamba-Nya selagi kita tolong-menolong sesama kita.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kesan Perang Gaza

'Ammi atau Fushah?

Muscat Festival 2016