Semalam Hari Istimewa...

Alhamdulillah kita menjejaki musim bunga lagi, musim yang amat saya sukai. Berbagai laporan tentang betapa gembiranya manusia disana-sini menyambut kedatangan musim bunga. 

Rupa-rupanya ramai yang sukakan musim ini, mungkinkah gambaran tentang bunga-bungaan yang menarik hati mereka ataupun ada sesuatu yang tidak mampu kita fahami disini. Maklumlah negara kita tidak bermusim, jadi kita tidak mempunyai persepsi mengenai setiap musim ini. 

Menurut seorang kawan, di Mesir ada sambutan "Syammu al-Rabi'" setiap kali tiba musim ini, hari cuti dikhususkan untuk penganut Kristian disana, tapi sambutan tersebut disambut juga oleh orang-orang Islam yang tidak memahami asal-usul sambutan tersebut diadakan. 

Disini, setiap kali tibanya musim bunga itu petanda cuaca panas sudah menjelma, pokok-pokok kurma sudah mengeluarkan buah-buah kecil yang akan masak pada musim panas nanti.

Jadi apakah yang istimewanya semalam?
Sebenarnya semalam 21/3/2010 juga adalah sambutan Hari Ibu disini. Moga ibu-ibu lebih bersemangat untuk  mendidik anak-anak menempuh cabaran alaf ini. Moga ibu-ibu sentiasa berusaha untuk meningkatkan nilai diri, kerana kitalah model untuk anak-anak kita.

Semalam juga titik mula untuk saya berusaha dari rumah. Moga usaha tersebut beroleh keberkatan-Nya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kesan Perang Gaza

'Ammi atau Fushah?

Muscat Festival 2016