Raya Kali ini.

Alhamdulillah tahun ini kami menyambut hariraya bersama-sama umat Islam di seluruh dunia, iaitu hari Jumaat. Namun begitu bezanya kami berpuasa 29 hari sedangkan umat Islam lain berpuasa 30 hari.

Anak-anak bertanya: "tak apa ke kita puasa kurang?". Sekadar persoalan mereka, sedangkan tahun lepas kami berpuasa 30 hari, umat Islam lain berpuasa 29 hari. Anak yang sulung berkata "adil lah tahun lepas kita puasa lebih".

Begitulah cerita tentang puasa dan raya, penetapan tarikh mulanya bergantung kepada cara melihat anak bulan. Jika anak bulan nampak, maka ibadat tersebut boleh dilakukan, jika sebaliknya kita mestilah menggenapkan 30 hari.  

Alhamdulillah tahun ini adalah kali ke 5 kami beraya disini, sambutan hariraya yang ala kadar, tanpa merasa kemeriahan seperti yang selalu kita rasa semasa ditanahair.

Raya kali ini tiada perjumpaan dirumah Duta Malaysia, kerana ketika ini Duta baru di Oman masih belum sampai, setelah Duta Besar yang lepas Datuk Zamri telah tamat tempoh bertugas di sini beberapa hari sebelum puasa.

Jadi raya kali ini amat berbeza daripada raya-raya yang lepas, kerana dalam masa yang sama jiran-jiran yang rapat dengan kami juga beraya dikampung halaman masing-masing.

Ketika ini terasa macam kali pertama kami sampai di Oman lima tahun lepas, raya yang hanya dirayakan sekeluarga, dan kunjungan ke kampung Oman.

Alhamdulillah program 'balik kampung' tersebut menceriakan raya kami. Keramahan teman-teman dikampung memang menceriakan hari-hari kami disini, seolah-olah kami sebahagian daripada ahli keluarga mereka. 

Ketika inilah kami akan berpeluang memakan 'siwak', nasi dan daging yang dibakar di dalam tanah.

Apa-apapun, kami tetap bersyukur menyambut raya disini setelah sebulan berpuasa.

EID MUBARAK...KULLU 'AAM WA ANTUM BI KHAIR.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kesan Perang Gaza

'Ammi atau Fushah?

Muscat Festival 2016