Ramadhan lagi...

Alhamdulillah hari ini kami masih berpuasa hari ke 29, esok belum tentu raya atau tidak. Malam ini baru ada pengumuman tentang anak bulan kelihatan atau tidak.

Ahli keluarga dan kawan-kawan dikampung sedang bersiap untuk raya esok. Jadi selamat berhariraya buat semua, moga amal ibadat yang diamalkan sepanjang Ramadhan ini tetap diteruskan sepanjang tahun.

Di sini Ramadhan tetap Ramadhan, tiada gantinya walaupun hariraya akan menjelma, siaran TV masih lagi mengingatkan kita tentang 'Ramadhan Kareem'. Sememangnya tidak terasa semangat Idilfitri, yang terasa hanyalah kesedihan kerana Ramadhan akan berlalu.

Memang banyak kenangan sepanjang Ramadhan kali ini, terutamanya pengalaman sama-sama berpuasa dengan anak-anak dirantau. Alhamdulillah kesemua anak-anak dapat berpuasa penuh tahun ini tanpa perlu menjanjikan apa-apa ganjaran, juga tanpa perlu mengingatkan mereka.

Apa yang sedih ialah kerana kita akan kembali meneruskan aktiviti-aktiviti biasa, penuh dugaan dan cabaran, ia bukan lagi seperti aktiviti kita sepanjang Ramadhan.

Sesungguhnya begitu mudah untuk kita melakukan amal ibadah sepanjang bulan Ramadhan, kerana kita cuma berdepan dengan nafsu kita, akan tetapi diluar bulan Ramadhan, banyaklah unsur-unsur luar yang akan masuk campur. 

Jadi sama-samalah kita berdoa agar kita diberi kekuatan oleh Allah untuk istiqamah dalam amal ibadah kita sepanjang tahun ini. Moga latihan sebulan ini menjadi titik tolak kepada kita untuk terus berusaha menjadi Muslim sejati. 

Moga amal ibadah kita diterima oleh Allah swt. Minal aidin wal faizin...Eid Mubarak. Maaf zahir batin daripada kami sekeluarga. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kesan Perang Gaza

Muscat Festival 2016

'Ammi atau Fushah?