Kisah Perantau Lagi...

Alhamdulillah minggu ini masuk minggu kedua saya memulakan aktiviti berjalan kaki pada waktu pagi.
Apa yang seronoknya berjalan-jalan dalam suasana panas sekarang, bahang kepanasan amat terasa walaupun baru pukul 7 pagi.

Bagi saya aktiviti ini begitu berharga kerana saya dapat belajar pelbagai perkara bila berjalan sambil sembang-sembang dengan rakan baru, jiran sebangunan.

Kelebihan yang paling istimewa ialah ia bukan sekadar program jalan kaki semata-mata, tetapi latihan berfikir, maklumlah teman berjalan adalah orang Arab. Macam-macam topik dibicarakan termasuklah isu-isu semasa. Boleh dikatakan ia amat menguji kemampuan bahasa Arab saya.

Bila berpeluang berbicara sebegini, saya terasa begitu bertuah kerana memiliki ramai kenalan disini, malah anak-anak kami juga mempunyai jaringan sosial yang lebih luas dengan anak-anak jiran setempat. Alhamdulillah 'ala kulli hal...

Namun begitu, saya tidak dapat menafikan wujud perasaan simpati terhadap teman ini, yang lebih banyak menghabiskan masa dirumah, serta tidak mempunyai ramai kawan disini.

Begitulah kisah perantau disini...terutama surirumah yang kebanyakannya menghabiskan waktu pagi dengan tidur kerana kebosanan tidak berteman.

Teringat kembali kisah berjalan kaki tiga tahun lepas dengan jiran lain, sayangnya ia tersebut cuma mampu bertahan selama seminggu sahaja kerana suaminya membelikan alat senaman serta menyuruh si isteri berjalan dirumah menggunakan alat tersebut.

Bagi saya, aktiviti berjalan bukan semata-mata untuk berjalan tetapi ia juga sebagai satu cara surirumah berkongsi ilmu dan pengalaman dengan rakan lain. Kadang-kadang ia menjadi tempat kita meluahkan isihati serta menghilangkan kebosanan berada dirumah.

Bak pengalaman teman kali ini, yang sudah berada 10 tahun disini, tetapi mempunyai kenalan yang tidak ramai. Alhamdulillah aktiviti ini membantu dia meluahkan isihatinya selama ini. Hanya Allah yang lebih mengetahui perasaan surirumah sebegini.

Sebenarnya bagi surirumah yang mampu menggunakan bahasa Inggeris, ada pelbagai kumpulan yang boleh disertai tetapi bagi surirumah Arab, pergaulan mereka agak terbatas, kadang-kadang suami pula menghalang keinginan mereka. Jadi tinggallah mereka terkurung dirumah, menunggu anak-anak dan suami pulang dari luar.

Perantau tetap perantau...bila tidak berteman, kita hanya nampak keluarga dikampung halaman, kita lebih berfikir untuk menghubungi mereka, sedangkan mereka berada begitu jauh dari kita. Kadang-kadang kita lupa masyarakat disekeliling kita, serta tidak berusaha untuk mengenali mereka. Akhirnya tinggal terkurung sendirian.

Bila keluar berjalan-jalan, kita akan rasai suasana berbeza serta merasa tenang...namun begitu suasana disini, kebanyakan warga India yang lebih gemar berjalan kaki serta bersenam sedangkan perantau dari negara lain tidak kelihatan.

Moga aktiviti kali ini mampu bertahan lebih lama, serta mampu merapatkan ukhwah antara kami. 

Ulasan

Maryamnour berkata…
Hmm, bila baca, saya memikirkan diri saya 10 tahun akan datang. di mana dan bagaimana. Terima kasih atas perkongsian, jd bekalan utk masa depan.

Catatan popular daripada blog ini

Kesan Perang Gaza

'Ammi atau Fushah?

Muscat Festival 2016