Cuti Sekolah bermula...

Alhamdulillah anak-anak sudah mula bercuti musim panas, jadi rutin harian saya akan berubah, terhentilah juga kesibukan awal pagi seketika, hinggalah tahun persekolahan baru bermula September nanti.

Biasalah sistem persekolahan disini, cutinya amat panjang, dan teramat panjang. Ibu-ibulah yang mesti memikirkan pengisian musim cuti sebegini, agar masa anak-anak tidak terbuang begitu sahaja.

Buat masa sekarang cuaca disini teramat panas, bila anak-anak bercuti, mereka tidak perlu lagi meredah panas waktu balik dari sekolah, alhamdulillah.

Apakah perancangan cuti kali ini? Apakah objektif percutian kali ini?

Alhamdulillah, rezeki kami tahun ini ialah untuk melancung ke tempat kelahiran suami saya, serta mengambil peluang untuk bertemu ibu mertua, serta saudara-mara sebelah sana. Disamping itu dapatlah mengenai adat dan suasana baru di Tunisia.

Anak-anak sudah tidak sabar untuk berkenalan dengan sepupu mereka disana, serta ingin mengenali tempat tersebut...impian mereka ingin melawat pantai dimana ayah mereka selalu berenang dan menyelam, serta menangkap oktopus...Laut Mediteranean.

Moga Allah memudahkan aktiviti kami kali ini, serta memberkati segala-galanya.

Namun begitu, kami perlu menunggu musim cuti bagi institut, tempat suami bertugas...maknanya masih perlu merasai kepanasan disini sebulan lagi. Alhamdulillah 'ala kulli hal.  

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Alam Bermusim

Tujuan Belajar Khat

Surat Rasulullah SAW kepada Raja Oman