Alam Tumbuh-tumbuhan

Alhamdulillah setiap kali berjalan-jalan, kita diberi peluang berinteraksi dengan alam disekeliling kita. Apakah kita pernah memerhati serta mengamati pebezaan tumbuh-tumbuhan?

Subhanallah...setiap ciptaan Allah dialam ini begitu unik serta tersusun rapi. Apa yang Allah ciptakan sesuai untuk penduduk tempat tersebut.

Alhamdulillah peluang berada ditiga buah negara berbeza, serta memerhati perbezaan-perbezaan yang wujud disitu membuktikan bahawa 'nikmat Allah begitu besar kepada insan'.

Apa yang pasti tumbuh-tumbuhan mampu tumbuh serta membesar dengan cepat bila mendapat bekalan  air. Itulah yang sedang saya amati diatas bukit dihadapan flat kami disini.

Alhamdulillah setelah hujan turun beberapa kali pada bulan lepas, bukit-bukit disini mula berubah kepada warna hijau. Rerumput mulai tumbuh menghijau, manakala pokok-pokok renek juga mulai membesar. Saya tertanya-tanya dari mana datangnya pokok-pokok tersebut, bagaimana ia boleh membesar begitu cepat sekali? Subhanallah....

Begitulah tumbuh-tumbuhan, ia begitu bertenaga setiap kali mendapat air yang cukup. Apakah manusia juga merasai keadaan yang sama apabila mendapat air?

Teringat pulak akan pokok-pokok yang pernah saya perhati semasa kami bercuti di Tunisia. Pokok tin yang berdaun lebar, pokok zaitun yang berdaun kecil, rumput-rumput yang keras, tajam serta berduri.

Pokok-pokok kaktus menghasilkan buah yang lazat dan berkhasiat.  Sememangnya tumbuh-tumbuhan tersebut sesuai dengan alam sekitarnya. Subhanallah....

Namun begitu kehijauan tanahair kita jugalah yang paling indah pada mata ini. Kehijauan alam seolah-olah syurga buat saya, memberikan ketenangan setiap masa.

Alhamdulillah 'ala kulli hal...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Alam Bermusim

Tujuan Belajar Khat

Surat Rasulullah SAW kepada Raja Oman