Dahulukanlah Agama...
Letakkanlah agama di tempat yang sepatutnya... Situasi didunia hari ini ialah ramai manusia terkejar-kejarkan dunia, siang malam bekerja mengejar kejayaan hidup didunia, hingga melupakan akhirat. Kita lebih terfokus kepada benda yang kita boleh nampak, dan boleh berinteraksi dengannya. Bila bercerita tentang perkara-perkara yang tidak wujud didepan mata, kita sukar mempercayainya, walaupun hakikatnya ia tetap wujud. Begitu juga dengan agama, kita mengaku bahawa kita Islam tapi tanpa kita sedar kita mengambilmudah dalam banyak perkara, serta mementingkan apa yang tidak penting dalam agama. Dalam banyak keadaan agama hanyalah dijadikan pelengkap, bukannya asas kehidupan. Itulah punca masalah yang menimpa umat Islam di mana-mana. Alhamdulillah akhir-akhir ini ramai pakar motivasi yang mengingatkan tentang kepentingan menjaga hubungan dengan Allah, dalam mencapai keinginan hidup didunia ini. Maka ramailah insan yang mula melihat kepentingan agama ...