Keunikan Tumbuh-tumbuhan di Tunisia


 Buah Kaktus dinamakan 'tiin shauki @ hindi' dikatakan baik untuk kesihatan

Dibawah ini pokok kaktus tersebut yang dijadikan pagar untuk memisahkan kebun-kebun zaitun. Biasanya buah 'tiin shauki' berbuah dihujung daun, tetapi buah-buah diatas begitu unik kerana buah-buahnya keluar disetiap ruang daun kaktus tersebut. Subhanallah.

Buah-buahan ini selalunya masak pada musim panas, ketika kami melawat Tunisia pada tahun lepas ia masak pada akhir bulan Julai, jadi sempatlah kami merasa sedikit buah-buahan ini yang begitu popular bagi penduduk disana.


Bila berjalan-jalan dikawasan pertanian di Tunisia, saya merasa tertarik dengan keunikan rerumput yang tumbuh sepanjang jalan. Namun begitu kebanyakannya berduri dan tajam, serta pelbagai warna.

 Rerumput tajam serta berbunga cantik




Lihatlah keunikan tumbuh-tumbuhan diatas, betapa uniknya kejadian Allah swt, yang mana setiap kawasan memiliki tumbuh-tumbuhan yang berbeza, sesuai dengan keperluan anak negeri tersebut.

Bila dibandingkan dengan jenis-jenis tumbuhan di negara kita, ternyata pokok-pokok disini nampak kuat dan mampu hidup tanpa bekalan air yang banyak.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Alam Bermusim

Tujuan Belajar Khat

Surat Rasulullah SAW kepada Raja Oman