Jalan-jalan Masa Sejuk

 Kenangan waktu matahari terbit di Pantai Sawadi...subhanallah cantiknya.
Alhamdulillah kami berjaya menghabiskan program jalan-jalan dalam musim sejuk kali ini. Almaklumlah anak-anak sedang dalam cuti sekolah, jadi kami buat program selama tiga hari dan dua malam berkhemah ditepi pantai yang amat sejuk.

Ketika itulah anak-anak bersungut :"kalau kat rumah dapat  tidur atas tilam dan berselimut tebal", "kalau kat rumah tak rasa sejuk macam ni, macam kat kutub je", "kalau macam ni tak mahu lah ke Tunisia pada musim sejuk, kat sinipun dah tak tahan, macammanalah kat sana". 

Begitulah anak-anak....pada mulanya begitu teruja untuk berkhemah, tetapi tidak sanggup untuk menempuh kesukaran.

Apa yang kami jelaskan ialah "Inilah kenangan yang akan mereka bawa bila besar nanti, belajar merasai pengalaman hidup susah, serta merasai perasaan insan-insan yang hidup susah."

Namun begitu mereka begitu teruja menanti keluarnya matahari pada waktu pagi sambil bermain-main ditepi pantai. Begitu juga indahnya memandang langit pada waktu senja.

Permandangan ketika matahari terbenam di Taman bersebelahan Pantai Sallan, Sohar

 Indahnya suasana waktu matahari keluar di Pantai Sallan di Sohar

 Permandangan didalam fort

 Permandangan didalam fort di kawasan berdekatan Sohar...lupa namanya..:)

 Permandangan dari luar fort di Suwaiq, semasa perjalanan balik
Moga ia menjadi kenangan manis buat kami sekeluarga, serta menjadi sumber mengukuhkan ikatan hati-hati kami.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kesan Perang Gaza

Muscat Festival 2016

'Ammi atau Fushah?