Peliknya Ramadhan Disini!
Ramadhan Kareem... Bulan mulia ini sudah hampir ke penghujungnya, apakah perasaan kita disaat ini? Moga wujud perasaan baru, serta hati-hati yang baru yang telah berjaya dididik sepanjang bulan Ramadhan kali ini. Tulisan kali ini hanyalah sekadar ingin mencatat kata-kata dan komen anak-anak sepanjang menunaikan puasa tahun ini. Ia bukanlah untuk membanggakan anak-anak saya, tetapi hati saya begitu tersentuh dengan komen-komen mereka, biarlah ia dicatat disini agar ia menjadi panduan mereka suatu hari nanti. Inilah kali pertama mereka berpuasa penuh ditanahair, dalam suasana yang cukup berbeza daripada Ramadhan yang lepas. Alhamdulillah, selalunya komen positif yang keluar berpandukan pengalaman mereka berpuasa selama ini. Alhamdulillah juga kerana amalan yang disemai selama ini mampu lekat dihati mereka. Saya tidak mementingkan jumlah ibadah yang dilakukan tetapi pemahaman mereka apakah erti berpuasa. Jika kefaham...