Qiam with Me...Istana Kubang Kerian

 Suasana didalam dewan ketika kami sampai, jemaah masih belum ramai.

Alhamdulillah saya dan anak-anak sempat menghadiri program 'Qiam with Me' semalam 9/8/2012 bertempat di Istana Kubang Kerian, yang juga dikenali sebagai 'Istana Airmata' oleh penduduk setempat.

Memandangkan istana tersebut terletak tidak jauh daripada kampung, jadi kami tidak melepaskan peluang ini. Ia sekadar mengisi program percutian anak-anak kali ini agar hati mereka sentiasa terikat pada kampung halaman walaupun dimana mereka berada nanti.

Dalam masa yang sama, saya inginkan anak-anak saya lebih mengenali adat dan budaya orang-orang Melayu, terutama adat-adat orang Kelantan.

Biasanya mereka akan membandingkan dengan pengalaman mereka di Oman dan di Tunisia. Moga percutian kali ini memberi kesan positif kepada anak-anak.
 Alhamdulillah kami tiba agak awal iaitu pada pukul 9 malam, sedangkan program dijadualkan akan bermula pada pukul 10 malam.

Sebenarnya terlupa tentatif program, dalam masa yang sama untuk mengelakkan kesesakan jalanraya, memandangkan inilah kali pertama saya memandu pada waktu malam.
Memandangkan kami tiba awal, maka kami sempat berada didewan yang indah ini, sambil bergambar.
 
Program dimulakan agak lewat iaitu pada pukul 10.30malam, sebaik saja Tuanku Sultan sampai.
Namun begitu, program seterusnya berjalan seperti yang dijadualkan, iaitu kuliah ustaz Azhar Idrus.

Kuliah yang disampaikan agak ringkas, namun begitu ia diisi dengan slot soal-jawab yang agak panjang.

Memandangkan anak-anak tidak memahami loghat Terengganu, mereka tertanya-tanya, kenapa orang semua tergelak sedangkan ia bukanlah kelakar.

Namun begitu, kami tidak dapat mengikuti keseluruhan program ini kerana terpaksa pulang awal sejurus ceramah berakhir.
Program seterusnya ialah bergambar kenangan disekitar kawasan istana. 


Moga program ini menjadi kenangan buat anak-anak dalam percutian kali ini. Ada yang baru kali pertama solat terawih, bermula di Dewan Jubli Perak, Istana Kubang Kerian.

Inilah rezeki kepulangan kami ke kampung tahun ini...disamping pelbagai aktiviti-aktiviti lain. Moga perasaan sayangkan tanahair subur dalam hati anak-anak, meskipun mereka berada dinegara ketiga, bukan tanahair ibu atau bapa mereka.

Alhamdulillah 'ala kulli hal.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Alam Bermusim

Tujuan Belajar Khat

Surat Rasulullah SAW kepada Raja Oman