Bila Gaza diserang...

Alhamdulillah...

Semenjak Awal Muharram bermula, umat Islam di Gaza kembali diserang, disana-sini orang sibuk memperkatakannya. Moga Allah memberi kemenangan kepada Umat Islam yang begitu teguh mempertahankan perjuangan mereka.
 
Apakah tindakan yang mampu kita lakukan?
Apakah sekadar doa ataupun kembali menilik apakah sebenarnya kesilapan yang telah kita lakukan?
 
Ada ustaz yang menyatakan bahawa doa kita tidak makbul, itulah sebabnya Allah swt menangguhkan kemenangan ke atas umat Islam Palestin.
 
Ada yang menyatakan bila jihad dihidupkan kembali, maka umat Islam akan menang. Namun begitu apakah pengisian selepas jihad? Apakah kita mampu berubah ataupun kembali hidup seperti sebelum jihad?
 
Bagi saya, ia bukan persoalan doa makbul ataupun tidak, bukan juga soal jihad ataupun tidak, tetapi ia soal perpaduan umat Islam, serta perancangan. Apa yang teramat jelas ialah umat Islam tidak bersatu dan susah untuk bersatu...
 
Ia juga soal perancangan yang tersusun, namun semuanya kembali kepada perpaduan, bila kita mampu bersatu, barulah mampu duduk semeja serta bertolak-ansur bila berbincang.
 
Bila umat Islam bersatu, barulah umat Islam menjadi kuat serta akan digeruni oleh orang-orang kafir, sama ada yahudi, kristian ataupun agama-agama lain.
 
Bila bermula serangan ke atas Gaza, umat Islam juga kembali semula memboikot barang-barangan Yahudi, yang mungkin selama ini dibuat sambil lewa.
 
Bila diimbas balik, ia seolah-olah diulang-ulang, apakah skrip yang sama digunakan? Inilah ujian yang berulang-ulang diturunkan oleh Allah ke atas umat Islam, apakah tindakan kita kali ini sama dengan sebelumnya? Ataupun tindakan kita akan berbeza selepas 'Al-Rabii Al-Arabi'.
 
Janganlah persoalkan bila Allah mahu menyelamatkan umat Islam Palestin, bila mana umat Islam belum mampu bangun berdiri sendiri, bila mana umat Islam masih bergantung kepada orang-orang kafir dalam kehidupan mereka, bila mana umat Islam masih mengagung-agungkan segala pencapaian orang-orang kafir tanpa mampu melakukan sendiri.
 
Mungkin kita akan tertanya-tanya apakah sebenarnya yang Allah inginkan bila diturunkan ujian sebegini?
 
Berfikirlah wahai Umat Islam...suatu hari kita akan mendapat jawapannya.
 
 

 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Alam Bermusim

Tujuan Belajar Khat

Surat Rasulullah SAW kepada Raja Oman