Arab oh Arab....

Alhamdulillah, kami sudah melangkaui tahun ke tujuh berada di sini, kini dalam perjalanan menggenapkan tahun ke lapan disini. Apakah yang kami dapat bila berada disini?
 
Bagi anak-anak mungkin mereka sudah dapat begitu banyak persediaan yang penting, terutama kemahiran bahasa serta pengalaman hidup bersama-sama anak-anak orang Arab setiap hari. Moga mereka dapat mengutip pengalaman bermakna dalam mengatur hidup mereka kemudian nanti.
 
Namun begitu bagi saya, tidak banyak kesan postif yang bertambah, kecuali pengalaman hidup diperantauan, serta pengalaman hidup sebagai seorang surirumah sepenuh masa, yang saya rasakan kurniaan Allah yang begitu besar bagi saya.
 
Apa yang lebih penting, ia memberi masa kepada saya, untuk memikirkan apakah tujuan hidup saya selepas ini? Apakah sekadar meneruskan rutin seharian ataupun mula keluar dengan perjuangan yang tersusun?
 
Bila berada di negara Arab, serta bergaul dengan orang-orang Arab, dalam masa yang sama kahwin dengan orang Arab, anak-anakpun sudah jadi Arab, umi seorang saja yang masih melayu...cuma harap-harap jangan jadi 'layu'.
 
Kadang-kadang bila hati sudah tidak tahan dengan sikap-sikap orang Arab ni, mulut sayapun terus mengata...hinggakan kadang-kadang anak-anak berkata... "Umi, jangan la cakap macam tu, kami ni kan Arab juga", kesian pula pada anak-anak, tetapi doa saya agar anak-anak saya akan menjadi orang Arab yang berbeza.
 
Moga suatu hari nanti orang-orang Arab mampu bersatu serta bangkit mentadbir negara mereka mengikut cara yang betul. 
 
 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Alam Bermusim

Tujuan Belajar Khat

Ilmu Allah itu Sangat Luas