Indahnya Berinternet

Alhamdulillah...syukur kerana kita memiliki satu teknologi yang amat bermakna buat perantau.

Jika dulu bila terasa sunyi, kita terpaksa memendam rasa, hari ini kita mampu berhubung dengan mudah.

Internet juga menghubungkan kita dengan insan yang berada jauh dari kita, terutama bila kita berada sendirian tanpa teman-teman yang memiliki budaya yang sama.

Inilah perasaan bila berada ditengah-tengah keluarga yang berlainan adat dan budaya.

Kadang-kadang terfikir, mengapa aku memilih takdir ini? Apakah yang aku harapkan daripada kehidupan sebegini?

Alhamdulillah dengan kemudahan internet, kurang sedikit perasaan bosan, rindu untuk mendengar bahasa ibunda dipertuturkan. Juga rindu untuk berbicara secara berdepan menggunakan bahasa ibunda.

Itulah keindahan internet untuk orang-orang seperti saya...moga Allah memberi kekuatan untuk saya menghabiskan cuti kali ini dengan tenang dan gembira.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kesan Perang Gaza

Muscat Festival 2016

'Ammi atau Fushah?