Dua dalam Satu

Alhamdulillah hari-hari yang dilalui disini agak menarik meskipun hanya terkurung dirumah.
Bila terasa bosan, keluar ke halaman rumah sambil memilih buah peach dan plum yang dah mula masak.
Apa yang menariknya buah ini terhasil daripada satu pokok sahaja. Satu dahan peach manakala sebahagian lagi plum.
Ketika kami baru sampai tiga minggu lepas, buah plum baru nak masak.
Inilah kali pertama saya makan buah ini yang masih belum masak, rasanya seakan-akan satu buah yang pernah saya makan ketika kecil- kecil dulu, masam-masam manis. kami panggil buah gemior, Semua mentertawakan saya kerana makan buah yang belum masak. Saya makan cara orang Kelantan, buat ccolek.
Sekarang buah-buah tu sudah masak. Ketika orang lain sibuk makan buah plum, selera saya pula beralih kepada buah pic.
Seronok juga makan buah yang dipetik sendiri, terus dari pokok. Inilah kebiasaan saya ketika kecil, amat suka memakan buah-buahan dari pokok.
Bezanya disini pokok buah-buahan rendah dan boleh dipetik dari bawah, tanpa perlu memanjatnya.
Kali pertama melihatnya rasa pelik juga, rupa-rupanya cara orang sini agak unik untuk memiliki pokok dalam ruangan yang sempit.
Mereka mencantumkan benih pokok berbeza, asalnya pokok
tersebut tiga jenis iaitu aprikot, pic dan plum tetapi bahagian aprikot sudah lama mati.
Berkat kemahiran orang dulu-dulu, anak cucu dapat merasai kelazatan buah-buahan disini.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Alam Bermusim

Tujuan Belajar Khat

Surat Rasulullah SAW kepada Raja Oman