Dua dalam Satu lagi

Ada satu lagi benda menarik yang saya temui disini berkonsepkan dua dalam satu iaitu motosikal.
Ketika mula-mula melihat motosikal disini saya tergelak, kerana konsep yang digunakan amat berbeza daripada motosikal yang selalu saya lihat ditempat lain.
Tapi lama-lama saya rasa konsep ini amat bersesuaian dengan taraf ekonomi orang yang menggunakannya.
Ketika berduit untuk membeli minyak motor ia boleh digunakan sebagai sebuah motosikal, bila kehabisan minyak ia boleh ditukarkan menjadi basikal yang dikayuh seperti basikal biasa.
Anak-anak saya amat seronok mencuba motosikal ini, bermula dengan belajar mengayuh kemudian baru mula belajar menggunakan enjin.
Apa yang menariknya, pemandu motosikal mestilah mengayuh motosikal tersebut untuk menghidupkan enjinnya.
Ia adalah diantara pengangkutan popular bagi penduduk disini, terutama untuk bergerak ke tempat yang dekat.
Kenderaan keluaran Perancis ini hanya saya temui disini, mungkin anda pernah melihatnya ditempat lain.
Bagi saya konsep dua dalam satu ni sesuai jika diperkenalkan bagi orang yang ingin berjimat dalm perbelanjaan seharian.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kesan Perang Gaza

'Ammi atau Fushah?

Muscat Festival 2016