Kisah-kisah dalam Al-Quran

Alhamdulillah sudah dua pertiga Ramadhan berlalu, maknanya sudah banyak kenangan dan amalan yang mampu kita kumpulkan kali ini.

Jika kita mengaji Quran sejuzuk sehari, kita mungkin telah berjaya menghabiskan lebih daripada dua pertiga al-quran. Alhamdulillah...

Jika kita membaca dan cuba memahami isi kandungan ayat-ayat tersebut kita telah mampu mengumpulkan begitu banyak kisah-kisah menarik yang diceritakan didalam kitab suci itu.

Perasan tak apakah cerita yang paling banyak diulang didalam Al-Quran? Siapakah nabi yang kisahnya diulang-ulang tetapi didalm senario yang berbeza?

Jika kita cuba hayati dan susun kembali cerita-cerita nabi tersebut dan umat baginda, kita akan mampu memahami realiti masalah yang menimpa umat Islam hari ini. Apakah ada penyelesaian yang disebut didalam al-quran?

Itulah kisah Nabi Musa dan umat baginda, orang-orang Yahudi yang menjadi musuh utama umat Islam hari ini. Ramai yang rasa sedih, kecewa, geram dan marah dengan sikap orang-orang Yahudi terhadap umat Islam Palestin dan negara sekitarnya.

Ambillah peluang untuk menghayati setiap detik yang dilalui oleh Nabi Musa ketika berdepan dengan umat baginda. Cuba fahami sikap umat ini sebagaimana yang dijelaskan didalam al-quran, apakah kelebihan dan kelemahan mereka.

Sesungguhnya Allah swt mengulang-ulang kisah mereka untuk kita mengenali mereka secara lebih mendalam, serta mencari dimanakah titik kelemahan mereka.

Disitulah terletak penyelesaian kepada masalah ummah yang membelenggu umat Islam hari ini.

Moga Allah memberi kemenangan kepada kita ketika berdepan dengan mereka.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kesan Perang Gaza

Muscat Festival 2016

'Ammi atau Fushah?