Allah Menguji...Redhalah.

Alhamdulillah...bersyukur pada Allah swt kerana memberi kekuatan untuk menulis disini.

Moga hati ini terus tabah dan kuat untuk mencatat sesuatu disini.

Teringat ayat Quran yang dibaca dalam surah al nisa ayat 32:

"ولا تتمنوا ما فضل الله به بعضكم على بعض للرجال نصيب مما اكتسبوا وللنساء نصيب مما اكتسبن وسئلوا الله من فضله إن الله كان بكل شيء عليما"

Maksudnya : "Dan janganlah kamu iri hati terhadap apa yang dikurniakan Allah kepada sebahagian kamu lebih banyak dari sebahagian yang lain. Kerana bagi orang laki-laki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan bagi wanita ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan mohonlah kepada Allah sebahagian dari kurniaannya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu."

Sebagai wanita, kadang-kadang terasa irihati melihat kelebihan yang diperolehi orang lain, dan masa yang sama hati berharap agar kita juga beroleh apa yang dinikmati orang lain.

Namun begitu pastikan agar kita mampu mengawal hati kita, jauhkan daripada hasad dengki kerana ia seumpama api didalam sekam, akhirnya membakar diri.

Bila menghayati ayat diatas, terasa redha dengan perjalanan hidup sendiri, biar susah biar pedih kerana Allah mengetahui diri ini mampu menghadapinya.

Dalam masa yang sama kita diingatkan untuk memohon daripada Allah apa yang kita inginkan, kerana Dia mengetahui segala-gala yang berlaku kepada kita.

Sesungguhnya Allah mengurniakan apa yang sesuai dengan kita, jika diuji Dia akan menguji dengan ujian yang mampu kita lepasi. Maka redhalah...kerana keredhaan akan meringankan perasaan kita.

Janganlah pula terlalu menyalahkan diri...mencari kesalahan diri kerana bukan semua yang berlaku kerana kesilapan kita.

Bangkitlah dan susunlah perjalanan hidupmu, dengarlah bisikan hati kerana ia mampu memberi kekuatan pada diri.

Moga Allah mengurniakan kekuatan untuk berjuang, serta dipertemukan dengan insan yang bersih hatinya dan sudi bersahabat kerana Allah swt. Amiin.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kesan Perang Gaza

Muscat Festival 2016

'Ammi atau Fushah?