Surat Rasulullah SAW kepada Raja Oman
Surat Rasulullah SAW kepada Raja Oman Bismillah ...Alhamdulillah... Hari ini saya merasa terpanggil untuk menulis sedikit mengenai Surat Rasulullah SAW yang dihantarkan kepada Raja Oman sebagai satu surat rasmi untuk menyebarkan agama Islam. Sebenarnya saya pernah menulis tentang surat ini selepas kami melawat Musandam, tempat pertama saya melihat surat tersebut dipamerkan. Surat tersebut dihantar oleh Rasulullah SAW kepada Raja Oman yang memerintah pada ketika itu melalui utusan baginda iaitu Amr ibn 'As. Menurut sejarah Oman, kedua-dua raja mereka ketika itu menerima baik utusan Rasulullah saw serta memeluk agama Islam, seterusnya mengarahkan agar agama Islam disebarkan diseluruh ceruk Oman. Namun begitu, orang pertama yang menerima Islam di Oman adalah Mazin bin Ghadubah, yang mendengar tentang Islam daripada peniaga2 Arab, kemudian beliau bertemu sendiri dengan baginda Rasulullah saw, serta meminta agar baginda mendoakan kesejateraan kepada Oman. Hadis-hadis...
Ulasan