Kahwin dengan Orang Arab

Bismillah....Alhamdulillah....
 
Adakah diantara pembaca yang berminat untuk berkongsi pendapat mengenai perkahwinan dengan orang Arab?
 
Apakah pengalaman sepanjang perkahwinan tersebut, suka-duka dan pahit-manis yang dilalui? Apakah ia sesuai dikongsikan sebagai panduan insan lain ataupun ia hanya dikongsikan dengan insan-insan tertentu sahaja?
 
Banyaknya persoalan yang timbul bila tersebut kisah 'berkahwin dengan orang Arab'...
 
Ada orang yang begitu seronok menwar-warkan perkahwinan mereka dengan orang Arab, manakala ramai lagi yang lebih selesa berdiam diri.
 
Apakah ini menandakan bahawa orang yang menwar-warkan perkahwinan mereka dengan orang Arab amat bahagia dengan pilihan mereka, manakala yang memilih untuk berdiam diri, kurang bahagia? Ia berbalik kepada persepsi kita melihat hubungan ini.
 
Apabila saya memilih untuk berkahwin dengan orang Arab, saya ditemukan juga dengan ramai lagi rakan senegara yang turut berkahwin dengan orang Arab, terutama setelah berhijrah kesini.
 
Setelah beberapa tahun berkahwin, saya dipertemukan kembali dengan kawan rapat yang berketurunan Arab serta telah berkahwin dengan keturunan yang sama, beliau mempersoalkan mengapa saya tidak bertanya dan mencari orang yang dapat berkongsi pengalaman tentang berkahwin dengan orang Arab.
 
 Ketika itu barulah saya sedar sebenarnya banyak perkara yang saya lupa untuk memikirkannya sebelum dan selepas berkahwin dengan orang Arab.
 
Rupa-rupanya berkahwin dengan orang Arab, bukannya sebagaimana yang kita bayangkan...lebih Islamik dan lebih dekat dengan Islam.
 
Ada perkara lain yang lebih besar, dan lebih penting iaitu bagaimana untuk mengekalkan perkahwinan bila berbeza adat dan budaya, serta bagaimana untuk mewujudkan komunikasi yang lebih efektif bila berkahwin dengan insan yang mempunyai bahasa ibunda yang berbeza daripada kita.
 
Cabaran ini akan datang sedikit demi sedikit, menguji kemampuan kita untuk menghadapinya...
 
Moga Allah memberi kekuatan kepada kita untuk mempertahankan rumahtangga yang telah dibina, serta merahmati perkahwinan ini.
 
ربنا هب لنا من أزواجنا وذرياتنا قرة أعين واجعلنا للمتقين إماما 
 

Ulasan

Kid berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

Catatan popular daripada blog ini

Alam Bermusim

Tujuan Belajar Khat

Surat Rasulullah SAW kepada Raja Oman