Kelas Quran Dewasa

Alhamdulillah akhirnya saya bertemu kumpulan wanita Oman disini. Setelah lama bertangguh, tiba saatnya Allah pertemukan saya dengan beberapa orang wanita Oman yang mengikuti kelas bacaan dan hafazan quran dibawah anjuran kementerian Agama disini. Kelas tersebut dianjurkan mengikut jadual persekolahan, iaitu setiap pagi hari bekerja mengikut taqwim persekolahan anak-anak. Bila anak-anak bercuti, pelajar kelas ini juga turut bercuti. Pada asalnya saya bertanya di Masjid dalam gambar diatas, akan tetapi masjid tersebut hanya untuk pelancong, kelas agama dan alquran tidak dibenarkan disitu. Biasanya kelas-kelas agama diadakan dimasjid persendirian. Cikgu yang bertugas pula memang diberi latihan khusus serta memiliki ijazah quran. Jadi sesiapa yang tekun akan beroleh ijazah quran dari madrasah tersebut. Alhamdulillah seronok bila dapat berkenalan dan berbual- bual dengan mereka. Lebih-lebih lagi bila melihat mereka begitu teruja bila mendengar nama Malaysia. Alhamdulillah rama...