Kelas Quran Dewasa



Alhamdulillah akhirnya saya bertemu kumpulan wanita Oman disini. Setelah lama bertangguh, tiba saatnya Allah pertemukan saya dengan beberapa orang wanita Oman yang mengikuti kelas bacaan dan hafazan quran dibawah anjuran kementerian Agama disini.

Kelas tersebut dianjurkan mengikut jadual persekolahan, iaitu setiap pagi hari bekerja mengikut taqwim persekolahan anak-anak. Bila anak-anak bercuti, pelajar kelas ini juga turut bercuti.


Pada asalnya saya bertanya di Masjid dalam gambar diatas, akan tetapi masjid tersebut hanya untuk pelancong, kelas agama dan alquran tidak dibenarkan disitu. Biasanya kelas-kelas agama diadakan dimasjid persendirian. Cikgu yang bertugas pula memang diberi latihan khusus serta memiliki ijazah quran. Jadi sesiapa yang tekun akan beroleh ijazah quran dari madrasah tersebut.

Alhamdulillah seronok bila dapat berkenalan dan berbual- bual dengan mereka. Lebih-lebih lagi bila melihat mereka begitu teruja bila mendengar nama Malaysia.

Alhamdulillah ramai wanita yang menghadiri kelas-kelas sebegitu di masjid terpilih. Disebabkan bilangan yang ramai maka setiap pelajar hanya menghadiri kelas selama dua hari seminggu, manakala hari Selasa diadakan kelas agama.

Alhamdulillah peluang ini saya gunakan untuk lebih memahami penduduk asal disini. Selebihnya digunakan untuk belajar berinteraksi dalam bahasa Arab.

Alhamdulillah setelah sebulan lebih bersama-sama mereka, saya dapat simpulkan bahawa masih ramai wanita disini perlukan kelas-kelas sebegini. Yang menariknya orang-orang Oman amat baik dan beradab dengan orang luar. Moga Allah memelihara penduduk negara ini, dan sentiasa aman dan makmur.




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Alam Bermusim

Tujuan Belajar Khat

Ilmu Allah itu Sangat Luas