Ingin Kembali Berkongsi


Alhamdulillah...syukur kepada Allah kerana masih diberi kekuatan untuk berkongsi disini. Setahun blog ini sunyi dari kunjungan tuan blog.

Semoga tahun ini blog ini boleh berfungsi semula seperti dulu. 2016 telah berlalu dengan pelbagai kenangan pahit manis, yang akan kekal dalam memori diri ini, meskipun ia tidak tercatat dimana-mana.

2016 adalah tahun yang begitu menguji ikatan persahabatan dan ukhwah ketika berada diperantauan. Ketika itu Allah menghadirkan insan-insan yang cukup mengerti, dan sentiasa mengambilberat tentang kami sekeluarga. Alhamdulillah 'ala kulli hal.

Sesungguhnya DIA Maha Mengetahui siapa yang betul-betul ikhlas bersahabat. Alangkah indah bila dikelilingi insan-insan yang luhur hatinya biarpun mereka bukan sebangsa denganku. Moga Allah merahmati ukhwah yang terjalin serta meredhainya.

Moga Allah memberi kekuatan untuk diri ini kembali berkongsi ilmu serta meluahkan perasaan hati disini...










Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Alam Bermusim

Tujuan Belajar Khat

Surat Rasulullah SAW kepada Raja Oman