Sesekali Mengkritik
Entah kenapa tiba-tiba hari ini aku terlebih cakap. Banyak isu tiba-tiba terlepas dari mulut ini. Biarlah aku catat disini untuk peringatan buat diri agar lebih berhati-hati pada masa akan datang. Sebelum itu aku hanya bersembang dengan orang Arab, semuanya berkisar tentang makanan. Selepas rakan Arab mengundur diri kerana ada urusan lain, aku menyertai rakan-rakan senegara mendengar perbincangan beberapa isu. Tiba-tiba tersentuh tentang sikap generasi sekarang di media sosial yang amat membimbangkan. Ya, aku sudah lama memendam perasaan tentang sikap orang melayu terhadap ilmuan, terutama yang memiliki ijazah PhD. Maka terkeluarlah keluhan aku tentang perkara tersebut yang amat berbeza dengan apa yang aku dengar dan lihat berlaku kepada ilmuan negara lain. Sesungguhnya aku melihat orang luar menghormati ilmuan mereka, tidak berani mengkritik serta memperbodoh-bodohkan para ilmuan terutama yang memiliki PhD. Ia amat berbeza daripada apa yang aku lalui selama ini, begitu juga apa ya...