Kisah Semalam

Semalam kita menyambut raya, ramai yang bergembira tapi ada juga yang tidak ceria terutama perantau. Ketika inilah kita teringatkan kampung halaman serta sanak saudara tercinta.

Alhamdulillah tahun ini kali pertama kami melaksanakan ibadah korban disini. Yang elok sistem disini ialah ada tempat penyembelihan disediakan, dimana kita boleh membeli lembu atau kambing untuk dikorbankan kemudian ditinggalkan sehingga hari raya. Kemudian tuan punya haiwan tersebut mesti datang mengambil nombor giliran dan beratur untuk proses penyembelihan.

Biasanya perantau yang menggunakan sistem ini, untuk memudahkan urusan tanpa memerlukan bantuan ramai orang. Alhamdulillah kali ini kami mendapat tahu dan cuba melaksanakannya.

Sewaktu tengahari ketika menziarahi jiran, terasa seolah-olah beliau tidak bergembira menyambutnya. Memang tiada perbezaan daripada hari-hari biasa menyebabkan hati ini amat tersentuh. Tiba-tiba terfikir untuk mengundang beliau dan keluarganya makan malam dirumah sambil memasak bersama-sama.

Namun begitu kita tidak menduga apa yang akan berlaku seterusnya...ketika tengah sibuk memasak tiba-tiba kedengaran suara riuh-rendah orang-orang India serta bunyi siren polis. Hati ini ingatkan ada rusuhan orang-orang India disini serta buat-buat tak kisah. Ini kerana dihadapan rumah saya adalah tempat orang India berkumpul setiap kali cuti.

Tiba-tiba jiran tadi datang memberitahu ada apartmen terbakar berhampiran bangunan kami, hanya Allah yang tahu betapa terkejutnya saya. Bila keluar melihat daripada pintu belakang api tengah marak menyala...risaunya hati. Dibawah sana begitu ramai orang melihat daripada setiap sudut, biasalah orang-orang India...macam dalam filem hindi lah.

Begitu juga jiran tetangga berkumpul dibawah sambil melihat keadaan. Tempat kebakaran memang dekat dengan flat kami, jadi saya mengambil keputusan membawa sekali beg dokumen kami...hahaha hanya saya yang berbuat begitu sedangkan orang lain releks sahaja turun naik kebangunan kami.

Alhamdulillah dapat juga bertemu serta berbual-bual dengan beberapa orang jiran tetangga yang belum pernah saya kenali sebelum ini. Biasalah orang perempuan berada dirumah, susah untuk berkenalan dengan mereka kecuali ketika terserempak. Barulah saya tahu rupa-rupanya ramai jiran saya daripada Sudan termasuklah tuan punya apartmen yang terbakar.

Bila telefon kawan dibangunan sebelah, beliau dan anak-anak masih berada ditingkat atas tempat terbakar kerana tidak boleh keluar, beliau meminta saya mendoakan beliau dan keluarganya. Saya cuma memberi pendapat agar suami beliau mengalunkan azan berulang-ulang kali (ilmu dr guru tentang apa yang perlu dilakukan ketika kecemasan seperti ribut, angin kuat, kebakaran dan lain-lain), kerana itu saja yang dapat saya bantu.

Memang suasana teramat cemas ketika itu, belumpun sempat menelefon kawan seorang lagi terlihat beliau begitu lemah bergantung kepada suaminya yang sedang mendokong anak kecil beliau, keluar daripada celah-celah orang ramai.

Alhamdulillah bomba dan penyelamat berjaya memadamkan kebakaran dekat waktu Isyak. Ketika itu juga mereka masih menurunkan penghuni yang lari ke bumbung bangunan dengan menggunakan kren penyelamat.

Saya sudah lupa urusan saya untuk makan malam dengan jiran jika tidak diingatkan oleh suami. Alhamdulillah dapat juga kami makan-makan bersama sambil bersembang tentang apa yang berlaku sebentar tadi. Itulah pengalaman cemas menyambut Aidil Adha kali ini.

Moga ia menjadi peringatan kepada diri ini...api yang membara disini tidak sekuat api diakhirat nanti. Disini kita boleh melarikan diri tapi bagaimana disana nanti. Ya Allah tsabbitni 'ala diinika wa rahmatika.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kesan Perang Gaza

'Ammi atau Fushah?

Muscat Festival 2016