Persahabatan di Perantauan...
Alhamdulillah seronok bila dapat bercuti bersama anak-anak, lebih-lebih lagi bila berada diperantauan. Siapakah yang akan bersama-sama kita, jika bukan suami dan anak-anak? Jadi inilah peluang untuk kami mengeratkan hubungan antara ahli keluarga. Inilah kelebihan merantau, yang tidak akan kita perolehi jika berada dikampung halaman sendiri. Ini kerana lingkungan sosial kita adalah lebih kecil, jadi tumpuan dapat kita berikan kepada keluarga sendiri. Malah aktiviti sosial juga dapat kita aturkan mengikut kesesuaian keluarga kita. Alhamdulillah. Namun begitu fitrah manusia adalah ingin bersosial, jarang ada orang yang sanggup bersendirian bak 'katak bawah tempurung'. Jadi bila kita berada dirantau, kita mestilah pandai mencari teman yang betul-betul ikhlas bersahabat kerana Allah swt. Alangkah bertuahnya jika kita berpeluang mendapat sahabat yang betul-betul ikhlas, tanpa ada niat lain disebaliknya. Kadang-kadang kita terlalu mudah menghulurkan persahabatan tanpa mengenali da...