Sekadar Berkongsi...ibu sibuk bekerja, anak-anak?

Alhamdulillah hari ini kita berkongsi tentang kesibukan ibu-ibu bekerja diluar, apa akan jadi pada anak-anak? Ini berdasarkan satu artikel yang saya baca dalam akhbar "Al-Yauum Assabiq" yang menyatakan ketiadaan ibu dirumah memberi kesan negatif kepada anak-anak.

Betul atau tidak semuanya bergantung kepada situasi keluarga tersebut. Bagi yang amat mementingkan keluarga, mereka akan mencari waktu-waktu untuk merapatkan hubungan dengan anak-anak.

Mungkin juga pernyataan tersebut berdasarkan pemerhatian penulis kepada keadaan yang berlaku disini. Di antara kesan utama ialah anak-anak tidak mampu bercakap Arab, malah tidak mampu menggunakan bahasa yang betul, kerana sepanjang hari mereka dilayan oleh pengasuh yang berbahasa asing sama ada Filipina, India, Sri Lanka, Indonesia dan lain-lain.

Penulis menganggap fenomena pembantu rumah warga asing, adalah penyebab utama kesan negatif kepada anak-anak. Ini kerana anak-anak didedahkan dengan adat dan budaya pembantu tersebut, iaitu satu budaya asing bagi orang-orang Arab. 

Kesan-kesan negatif ini dilihat akan lebih kuat sekiranya anak-anak ditinggalkan bersama-sama pengasuh warga asing sedari kecil, malah tempoh masa anak-anak berada bersama-sama pengasuh juga lebih panjang daripada waktu yang diluangkan oleh ibu mereka sendiri. 

Bila tiba waktu yang sepatutnya anak-anak mula bercakap dengan baik, anak-anak ini didapati susah untuk berkomunikasi dengan baik, berbanding dengan anak-anak yang membesar dalam lingkungan orang-orang yang menggunakan bahasa Arab. Ini kerana mereka lebih bergantung kepada bahasa yang digunakan oleh pembantu rumah mereka.

Dalam beberapa keadaan, penulis memberi contoh bahawa pembantu rumah juga berjaya menyerapkan amalan agama mereka kepada kanak-kanak yang dijaga oleh mereka, iaitu pembantu rumah filipina yang mengajarkan cara sembahyang orang-orang Kristian kepada anak-anak orang Islam disini. Alhamdulillah amalan tersebut berjaya disedari bila nenek mereka berkunjung, dan pembantu rumah tersebut telah disingkirkan. 

Sebenarnya dalam keghairahan wanita keluar bekerja, anak-anaklah yang akan menerima kesan terbesar. Mereka akan membesar dalam jagaan wanita lain (kebanyakan pembantu rumah) yang tidak kita ketahui setakat mana keupayaan mereka menjaga emosi anak-anak.

Penulis juga menyentuh tentang pilihan meninggalkan anak-anak dipusah asuhan kanak-kanak, sayangnya banyak pusat asuhan ini dikendalikan tanpa kawalan, menyebabkan wujud juga kesan negatif kepada kanak-kanak terutama penggunaan bahasa.

Sebenarnya buat masa ini, banyak perbincangan tentang ibu-ibu keluar bekerja, satu fenomena yang agak baru buat Wanita Oman, tapi lama buat wanita di Malaysia. Kita sekarang sedang menikmati kesan begitu ramai wanita keluar rumah beberapa dekad lepas, hasilnya begitu banyak gejala sosial berlaku dalam masyarakat.

Kadang-kadang terasa sedih bila mendengar begitu mahal harga yang perlu dibayar oleh seorang ibu yang ingin keluar bekerja, membantu suami mencari nafkah.

Jadi apakah pilihan terbaik untuk ibu-ibu yang ingin keluar bekerja? Apakah ibu-ibu perlu membuat pilihan untuk menangguhkan keinginan bekerja sehingga anak-anak mula bersekolah?

Ataupun wanita memilih cara lama iaitu keluar bekerja bersama-sama keluarga (suami dan anak-anak) dikedai-kedai, kebun dan sawah (tak de klass la) atau dalam istilah lain bekerja sendiri.

Bagi saya, indahnya kenangan bersama-sama ibu dan ayah membanting tulang menanam padi dan sayur-sayuran dikampung. Bila balik sekolah kita sama-sama bekerja, jadi waktu berada bersama-sama keluarga lebih panjang, dalam masa yang sama pelbagai adat boleh dipelajari.




Ulasan

nzainipm berkata…
Assalamualaikum,

Satu artikel yang menarik utk kita ambil ikhtibar bersama.Di sini saya ingin berkongsi pendapat.

Saya memilih untuk menjadi surirumah secara tidak dirancang.Tetapi setelah beberapa thn saya dapati ianya adalah satu kebaikan buat saya.

Saya melihat kaum2 wanita di kala muda, menghabiskan umurnya di luar bekerja dan apabila mrk pencen, barulah mrk memiliki bnyk masa utk duduk di rumah. Bagi saya waktu terbaik utk seseorng isteri itu berada di rumah adalah daripada usia anak mrk 1-6thn di mana di usia tersebut seseorng anak itu amat memerlukan bimbingan dr ibu mrk.

Sebaliknya jika kita melihat senario apb pencen baru ada masa, ketika itu apa yg blh kita buat jika mendapati anak2 kita ketika itu sudah membesar dan melihat hasilnya tidak seperti yg kita mahukan.Sesal kemudian tiada gunanya lagi sedangkan anak itu adalah aset untuk kehidupan akhirat kita nanti.

Di sini saya merasakan anak2 perempuan wajib diajar ilmu2 kemahiran kewanitaan agar bila mrk berumahtangga kelak mrk boleh menjadi usahawanita yg bekerja dr rumah.Selain dpd itu saingan kepada pekerja lelaki juga dpt dikurangkan.Ini dpt mengelakkan pengangguran kaum lelaki seterusnya menyeimbangkan kembali sektor pekerjaan.

Kaum wanita dan kaum lelaki sepatutnya saling lengkap melengkapi bukan bersaing dan susun semula tanggungjawab kita untuk keluarga dan pembangunan masyarakat mengikut fitrah jantina yg telah ALLAH anugerahkan kpd hambaNYA.

Catatan popular daripada blog ini

Kesan Perang Gaza

Muscat Festival 2016

'Ammi atau Fushah?