Persahabatan di Perantauan...

Alhamdulillah seronok bila dapat bercuti bersama anak-anak, lebih-lebih lagi bila berada diperantauan. Siapakah yang akan bersama-sama kita, jika bukan suami dan anak-anak? Jadi inilah peluang untuk kami mengeratkan hubungan antara ahli keluarga.

Inilah kelebihan merantau, yang tidak akan kita perolehi jika berada dikampung halaman sendiri. Ini kerana lingkungan sosial kita adalah lebih kecil, jadi tumpuan dapat kita berikan kepada keluarga sendiri. Malah aktiviti sosial juga dapat kita aturkan mengikut kesesuaian keluarga kita. Alhamdulillah.

Namun begitu fitrah manusia adalah ingin bersosial, jarang ada orang yang sanggup bersendirian bak 'katak bawah tempurung'. Jadi bila kita berada dirantau, kita mestilah pandai mencari teman yang betul-betul ikhlas bersahabat kerana Allah swt.

Alangkah bertuahnya jika kita berpeluang mendapat sahabat yang betul-betul ikhlas, tanpa ada niat lain disebaliknya.

Kadang-kadang kita terlalu mudah menghulurkan persahabatan tanpa mengenali dahulu akhlak dan peribadi sahabat tersebut, akhirnya kita yang terpaksa menanggung akibatnya.

Kadang-kadang kita bertemu dengan orang yang pandai bermuka-muka, lain dihadapan lain pula sikapnya bila dibelakang kita. Kadang-kadang kita bertemu dengan sahabat yang sanggup menabur cerita bohong dibelakang kita.

Semuanya adalah ujian buat kita, dalam mengatur hidup diperantauan. Jadi janganlah kita tersentak serta membalas balik apa yang dilakukan mereka, serahkanlah semuanya kepada Allah swt. Ini kerana sifirnya, bila diri kita diuji, DIA akan mengaturkan ketetapan lain yang lebih baik untuk kita.

Namun begitu, jika niat kita ikhlas menjalinkan ukhwah kerana Allah swt, suatu ketika kita akan dikurniai sahabat-sahabat yang begitu ikhlas, itulah nikmat yang tiada bandingannya. Merekalah teman yang sentiasa mengingatkan kita ketika kita lupa, juga teman yang menguatkan kita diwaktu kita susah.

Moga Allah mengurniakan kepada kita teman-teman yang dapat menguatkan lagi keimanan kita, teman yang dapat saling memberi tazkirah, bukan sekadar teman untuk bersukaria.




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Alam Bermusim

Tujuan Belajar Khat

Surat Rasulullah SAW kepada Raja Oman