Hadith....sedih melihatnya.
Bila berjalan-jalan sambil membaca blog dalam tajuk yang dicari, serta membaca pelbagai tulisan yang dikongsikan di facebook, hati ini terasa bagai dihiris-hiris dan pedih melihat apa yang ditulis. Banyaknya hadis dhaif dan palsu disebarkan. Mengapa ini yang berlaku dalam zaman yang serba canggih sebegini? Apa salahnya kita pastikan dulu tahap kesahihan satu-satu hadis sebelum menyebarkannya, bukan sekadar 'share' bila melihat isi yang dipaparkan menarik hati kita. Sememangnya tidak salah kita menyebarkan benda baik, tetapi pastikanlah sumbernya. Betulkah kita menyebarkan apa yang disuruh oleh Rasulullah saw ataupun kita menyebarkan perkara yang tiada asalnya daripada baginda. Teringat sabda baginda من كذب علي متعمدا فليتبوأ مقعده من النار yang bermaksud, 'barangsiapa yang sengaja berbohong terhadapku, maka dia menempah tempat dalam api neraka'. Mungkin anda tidak berniat untuk membohongi baginda Rasulullah saw, akan tetapi bila menyebarkan tulisan yang mengandungi ...