Beralih Angin...

Assalamualaikum...

Alhamdulillah hari ini ringan tangan untuk mencatat disini, baru terasa betapa lama tak mencoret sesuatu disini. Angin apakah yang melanda...

Macam-macam aktiviti yang dilakukan semenjak lepas raya, ingatkan raya kali ini hambar saja tetapi alhamdulillah kurniaan Allah itu lebih baik daripada sebelumnya. Insya Allah malam ini ada lagi pertemuan raya kami disini.

Anak-anak dah mula bersekolah sesi persekolahan baru tiga minggu lepas, jadi rutin lama kembali semula. Sibuk pada waktu pagi, kemudian beralih kepada aktiviti lain selepas semua anak ke sekolah.

Aktiviti hujung minggu sudah bermula semula minggu lepas, alhamdulillah majlis kami makin meriah cuma kami tidak dapat menunggu lama disitu, kerana perlu menghadiri majlis hari raya anjuran Kedutaan Malaysia disini.

Lama tak menulis disini...Sebenarnya saya beralih angin menulis kat tempat lain...menulis dalam buku catatan..hihi tergelak orang mendengarnya. Ketika ini ramai yang beralih angin membuka blog berbayar, sedangkan saya balik menulis dalam buku.

Entah kenapa terasa seronok menulis dalam buku kecil yang sentiasa saya bawa ke mana-mana. Pada mulanya niat asal ingin mencatat sesuatu sebelum memindahkannya ke blog ini, tapi sampai sekarang semua idea tu masih disitu.

Insya Allah suatu masa saya kongsikan disini secara tersusun...

Ulasan

ummutasneem berkata…
salam..

ya teruskan menulis.. jangan putus asa.. moga memberi manfaat kepada orang lain..

Catatan popular daripada blog ini

Kesan Perang Gaza

'Ammi atau Fushah?

Muscat Festival 2016