Sekadar Berkongsi...Menutup Aurat

Menutup Aurat dengan sempurna...susah sangatkah nak dilaksanakan?

Baca sana, baca sini...ramainya yang memperkatakan tentang menutup aurat. Terfikir pula teruk sangatkan masalah menutup aurat di negara kita.

Saya bukan ingin menulis tentang masalah menutup aurat, tetapi tentang sikap wanita yang mendedahkan aurat balik selepas menutupnya. Apakah sebabnya terjadi begitu?

Sebenarnya semenjak tiga tahun kebelakangan ini saya dipertemukan dengan beberapa orang wanita disini yang bertudung suatu masa dulu kemudian membukanya semula. Hati saya tertanya-tanya 'mengapa mereka tidak bertudung?', 'jauhnya beza bila bertudung' serta pelbagai lagi bisikan singgah difikiran ini.

Apa yang ingin saya persoalkan ialah sikap mereka apabila membuka tudung jauh bezanya daripada orang yang saya pernah kenal ketika mereka bertudung.

Jika mereka begitu peramah dengan saya ketika bertudung tetapi apabila tudung ditanggalkan, yang tinggal hanyalah salam kemudian menyelit ke tempat lain. Malah ada juga yang cuba mengelak daripada bertembung dengan diri ini. Apakah salahku padanya? Hati tertanya-tanya lagi...

Memang sedih bila perkara sebegini berlaku setiap kali perjumpaan, sedih juga kerana saya tidak berpeluang untuk berbicara lagi dengan insan-insan ini. 

Apakah penyebab wanita bertudung membukanya kembali?
Bila diimbas kembali, teringat kisah seorang peserta motivasi dalam kumpulan kendalian saya suatu ketika dulu. Pelajar sekolah agama tersebut menceritakan tentang pengalaman beliau berpurdah semenjak kecil atas desakan keluarga dan sekolah rendah, kemudian beliau sangat membenci pakaian tersebut. 

Ada juga teman yang bertudung kemudian membukanya atas alasan tidak yakin dengan pilihan yang dibuat, alhamdulillah akhirnya beliau bertudung semula, walaupun tidak memenuhi tuntutan tersebut sepenuhnya. 

Ada juga yang bertudung apabila menghadiri program-program tertentu, kemudian tidak bertudung apabila diluar program. 

Ramai yang begitu sopan bertudung ketika di sekolah dan universiti, akan tetapi tudung mereka menjadi semakin singkat apabila usia bertambah, akhirnya yang tinggal bertudung sekadar menutup kepala dan leher. 

Ada pula yang tidak bertudung akan tetapi rancak menyebarkan informasi tentang kewajiban bertudung kepada saya, seolah-olah informasi tersebut tidak bermakna buat mereka. 

Jadi dalam situasi sebegini, apakah jalan yang boleh kita lakukan untuk mengajak mereka memakai tudung? Bersalahkah kita jika membiarkan mereka berterusan membuka aurat? 

Bagi saya setelah kita berusaha menyampaikan apa yang kita tahu, terpulanglah kepada mereka kerana hidayah itu daripada Allah swt.

Tugas kita ialah menasihati kawan itu atas dasar kasih sayang kerana Allah swt, serta tidak jemu menyampaikan, insya Allah suatu ketika mereka akan mengerti dan menerimanya. 

Bak cerita anak perempuan saya, Latifah dengan kawan baiknya. Dia selalu mengingatkan kawannya, dan setiap tahun kawannya berjanji akan bertudung, alhamdulillah akhirnya kawan tersebut menunaikan janji-janji tersebut setelah menempuh alam baligh, tiada lagi alasan untuk melarikan diri daripada tuntutan ini.  

Alhamdulillah beliau begitu bersemangat bila bercerita tentang menutup aurat dengan kawan-kawan sebaya, hingga ada yang bertudung memberitahu bahawa beliau bertudung kerana tertarik dengan cara pemakaian tudung Latifah.

Terfikir juga betapa perlunya kita mendidik anak-anak agar berani berdakwah, terutama kepada rakan-rakan sebaya. Ini kerana mereka mampu mengubah rakan-rakan mereka berbanding orang dewasa.

Jadi tuntutan menutup aurat amat berkait rapat dengan penyampaian dakwah. Jika kita mendidik anak-anak kita menutup aurat dengan kefahaman yang jelas, serta mendidik anak-anak kita berani menyampaikan perkara yang benar, insya Allah banyak masalah sosial akan mampu kita selesaikan.

Moga kita dapat mendidik anak-anak kita untuk memahami apa yang mereka lakukan, bukan sekadar ikut-ikutan. Dengan itu masalah bertudung kemudian membuka balik tidak akan berlaku, kerana mereka bertudung kerana memahami tuntutan agama.

Alangkah cantiknya bertudung...ia membezakan kita daripada wanita-wanita bukan Islam, apakah kita tidak mahu digelar 'muslimah'? Hanya kerana tudung kita mendapat COP MUSLIM dengan senang. 

Moga Allah meneguhkan hati-hati kita dalam Iman kepada-Nya, juga moga kita mampu istiqamah dalam setiap gerakkerja kita.  



Ulasan

MysDear berkata…
Assalamualaikum...

Semoga terbuka pintu hati mereka untuk bertudung sebelum terlambat.Kalau dah terlambat, kasihan kat mereka.

Catatan popular daripada blog ini

Kesan Perang Gaza

'Ammi atau Fushah?

Muscat Festival 2016