Tersepit antara adat dan keperluan
Beberapa hari ini saya asyik terfikir tentang adat, kebiasaan dan sunnah. Lebih-lebih lagi apabila menghadapi masalah di hospital disini beberapa hari lepas, yang mana kesemuanya berpunca daripada adat disini. Apakah Sunnah itu adat? Sebenarnya, sudah beberapa tahun saya tinggalkan perbincangan mengenai tajuk adat, setelah berjaya menghabiskan tesis Phd dengan tajuk "Adat yang bertentangan dengan Sunnah: Analisis tentang adat berkaitan dengan kepercayaan dan ibadat". Ketika itu saya merasakan bahawa tajuk yang ditulis tidak begitu bermakna, tambahan pula setelah berhijrah ke sini. Apalah yang ada pada adat? Siapa yang nak membincangkannya? Lain tempat lain adatnya. Akhirnya tesis dan ilmu yang dikutip didiamkan begitu saja. Apabila menghadapi krisis antara adat dan peraturan, yang mana mesti didahulukan? Apabila terjadi pertentangan antara adat dan sunnah, mana pula yang mesti diutamakan? Apakah kita boleh mengubah adat kita? Sehingga kini, saya masih memegang pendapat b...