Tidak Sanggup Lagi...

Sudah lama saya tidak mengikuti perkembangan politik di Timur Tengah ini, walaupun keadaan kacau-bilau masih berlaku dibanyak tempat.

Saya cuba mengelak daripada mendengar laporan tunjuk perasaan yang berlaku, sebaliknya mengikuti minat anak-anak, menonton cerita kanak-kanak bersama mereka. Itulah tindakan yang saya fikir sesuai, untuk mengelakkan kita tertekan.

Keadaan di Bahrain masih belum berubah, di Yaman juga masih sama, laporan di Libya masih sama, kekacauan di Syria juga masih belum reda, tunjuk perasaan di Oman juga sekejap reda, sekejap ada serta beberapa negara lain di Afrika juga masih mengalami suasana yang sama. 

Jika awal tahun ini, saya begitu berminat mengikuti perkembangan politik di sini, kini saya rasa saya tidak sanggup lagi mengikuti perkembangan ini.

Buat apa menyusahkan diri, memikirkan keadaan mereka sedangkan rakyat negara mereka dizalimi, ketidakadilan berlaku dimana-mana. Pemerintah cuma memikirkan keinginan diri sendiri tanpa mengutamakan rakyat.

Sedih melihat setiap laporan...sedih kerana memikirkan inilah keadaan umat Islam, bilakah suasana ini akan berubah, bilakah umat Islam mampu bangkit memerintah alam ini dengan saksama?

Mampukah umat Islam bangkit? Mampukah umat Islam mengatasi ilusi kemajuan yang dicanangkan ketika ini? Dari sudut manakah umat Islam mampu bangkit semula?

Apakah 'tsunami ummah' akan berjaya mengubah tanggapan kita terhadap orang-orang Arab? Ataupun mereka akan terus menjadi 'hamba' kepada teknologi yang berkembang megah hari ini?


Ulasan

Martinelli Hashim berkata…
Kepada Allah kita berserah...moga ummah terus diberi kekuatan

Catatan popular daripada blog ini

Kesan Perang Gaza

'Ammi atau Fushah?

Muscat Festival 2016