Malaysia di Mata Arab

Bila berada diluar negara, kita berpeluang mempromosi negara kita kepada teman-teman dan rakan baru. Alhamdulillah Malaysia sudah mendapat tempat di hati orang-orang Oman, jadi saya tidak perlu bercerita panjang tentang negara sendiri.

Sebenarnya apa yang saya selalu dengar ialah komen-komen positif daripada rakan dan kenalan disini. Malah ramai yang memasang impian ingin melawat Malaysia.

Anak-anak juga secara tidak langsung menjadi duta kecil dikalangan kawan-kawan mereka, macam-macam cerita yang mereka beritahu rakan mengenai keindahan tanahair Malaysia. Malah pelbagai perancangan masa depan diimpikan bersama rakan-rakan mereka tentang menyambung pelajaran di Malaysia.

Boleh dikatakan nama Malaysia begitu laku di sini, kita boleh mendapat perkhidmatan yang berbeza dengan hanya mengaku diri seorang 'anak Malaysia', best kan?

Malaysia yang dikenali oleh orang-orang Arab ialah 'Sebuah Negara Islam yang mengamalkan sistem demokrasi, begitu maju, berjaya menghasilkan produk yang bermutu tinggi serta memiliki ciri-ciri sebuah negara Islam yang unggul'.

Oleh itu pelbagai cerita positif tentang dasar-dasar negara kita disebarkan disini, termasuklah program "Imam Muda" yang disebarkan melalui e-mail dikalangan rakan-rakan Arab.

Bila mendengar serta membaca komen-komen positif mereka, terasa bersyukur kerana dilahirkan sebagai anak Malaysia. 

Namun begitu, hati selalu berasa tidak puas apabila melihat ciri-ciri promosi yang dilakukan oleh kedutaan tentang Malaysia, selalunya apa yang dipromosikan ialah tentang tarian dan kebudayaan, yang kadang-kadang bertentangan dengan nilai-nilai yang telah diterima oleh orang Arab tentang kita.

Teringat sambutan hari kebangsaan yang dihadiri beberapa tahun lepas, banyak persembahan berkaitan dengan Sabah dan Sarawak, serta persembahan nyanyian bercirikan barat, seolah-olah itulah Malaysia, yang ingin diperkenalkan. Sayang sekali....

Malaysia yang dikenali sebagai sebuah negara Islam, tetapi mempromosikan acara yang tidak mengambarkan ciri-ciri yang sepatutnya.

Malah banyak unsur Islam yang cantik tidak dipromosikan, termasuklah Nasyid, Bacaan Quran (teknik melayu), Quran Mushaf Malaysia, Perbankan Islam, Pengurusan Islam serta pelbagai lagi keunikan Malaysia yang bersesuaian dengan tanggapan mereka terhadap negara kita.

Disamping itu kebanyakan orang Malaysia yang bertugas disini merupakan pekerja mahir, yang mana kepakaran mereka diakui. Sayang sekali jika kehebatan yang telah tersebar, tenggelam dengan pemilihan promosi yang tidak bersesuaian.

Bak menontan cerita "Kampung Boy" yang dialihbahasa ke dalam bahasa Arab dan disiarkan di TV Tunisia. Ada rakan bertanya 'itukah cara budak Melayu pergi sekolah, bawa binatang masuk kelas", susah jugalah nak menjelaskan balik pada mereka.

Ini kerana mereka mengenali Malaysia sebagai sebuah negara maju dan hebat, jika jalan cerita 'Kampung Boy' itu betul, maknanya Malaysia masih jauh daripada menjadi sebuah negara maju. Fikir-fikirkanlah...Itulah satu contoh promosi yang tidak sesuai untuk disebarkan tentang negara kita.

Buat masa sekarang, negara kita mempunyai pelbagai kelebihan yang amat berguna buat panduan negara Islam lain, jika kita pandai mempromosi, insya Allah kita mampu membantu mereka. 

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
as-salam...kak..time sy sekolh dulu subjek arab belom lg d perkenalkn kat sekolh sy.sy teringin sgt nk belajar ckp bhs arab...ala utk kegunaan seharian jer.klu nk ajar anak buat keje sekolh pon terkial-kial sy d buatnye,itupon sy berpandukan kamus...sy cadangkn akk buat ler satu hari satu patah bhs arab yg mudah dan senang d fahami,lebih2 lg utk kegunaan seharian,paling best sekali leh dpt d muatkn dlm fb....sekian...
Aliza Yunus berkata…
salam tanpa nama,
terima kasih kerana mencoret disini.
Pasal BA ni banyak dah page yg diwujudkan di FB, cth هيا نتكلم باللغة العربية
Kat Malaysia, ada banyak kamus2 bergambar yang dapat memudahkan kita mendalami bahasa ini. Bestnya kamus2 ini disusun dalam topik tertentu, jadi ia memudahkan kita belajar perkataan baru dalam BA.
Moga dapat menguasainya...

Catatan popular daripada blog ini

Kesan Perang Gaza

Muscat Festival 2016

'Ammi atau Fushah?