Tiba-tiba Rindu...
Entah kenapa pagi-pagi lagi terasa rindu pada kampung halaman, ingin menatap wajah ibu dan ayah, serta adik-beradik yang jauh dimata. Moga Allah merapatkan ikatan kasih-sayang kami sekeluarga. Beginilah kisah hidup diperantauan, jauh daripada insan yang ada pertalian darah dengan kita, hidup dalam keluarga kecil sahaja iaitu suami dan anak-anak. Dalam situasi orang yang kahwin antara dua benua, saya mestilah redha dengan pilihan saya, iaitu berjauhan dengan insan-insan tersayang. Namun begitu hati masih tertanya-tanya apakah diri ini mampu menerima hakikat jika diminta untuk berada ditanahairnya...lagi jauh dan susah untuk berulang-alik ke tanahair. Mungkin 15 tahun dahulu saya tidak pernah memikirkan tentang realiti yang akan saya tempuhi pada masa sekarang, apatah lagi 15 tahun mendatang. Oleh itu, jika kita tidak kuat, maka pilihlah insan-insan yang dekat dengan keluarga kita, agar senang kemudian hari... Teringat juga kata-kata kakak dan adik ipar tahun lep...