Kurangkan Online

Kadang-kadang apa yang berlaku ingin mengajar kita sesuatu, jika kita meredhainya kita akan mendapat satu kekuatan yang mungkin kita cari-cari selama ini.

Begitulah yang berlaku kepada saya beberapa bulan kebelakangan ini. Bermula daripada percutian, kemudian terpaksa menghadapi pelbagai masalah internet, akhirnya saya redha menggunakan broadband yang boleh disubscribe apabila perlu sahaja.

Alhamdulillah ia lebih menjimatkan, serta mengajar saya mengawal diri, serta mencari jalan lain untuk mengurangkan kebosanan ketika anak-anak ke sekolah.

Dalam masa yang sama komuniti wanita Malaysia disini juga semakin aktif dengan pelbagai program, termasuklah kuliah agama yang memerlukan tenaga saya.

Jadi masa yang selalunya saya habiskan membaca artikel-artikel serta maklumat lain, disalurkan  kepada membaca bahan-bahan bacaan untuk program, serta kembali membaca buku-buku akademik yang agak lama ditinggalkan.

Namun begitu, ia memberi kesan kepada blog ini, yang mana saya makin kurang berminat untuk updatenya. Mungkin saya perlu mula aktifkan balik menulis disini dengan pengisian berdasarkan program dwi-mingguan saya.

Moga Allah memberi kekuatan untuk saya terus menulis disini.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Alam Bermusim

Tujuan Belajar Khat

Surat Rasulullah SAW kepada Raja Oman