Sambutan Hari Ibu 2012

Alhamdulillah, hari Rabu lepas adalah hari ibu bagi ibu-ibu disini. Ia bersempena dengan permulaan musim bunga...apakah ibu seumpama bunga dalam hidup kita.

Pandai juga orang yang memilih tarikh ini sebagai tarikh sambutan hari ibu.

Seperti biasa, anak-anak sibuk bercerita tentang sambutan hari ibu yang akan diadakan disekolah mereka, masing-masing sibuk berlatih untuk persembahan disekolah.

Kebiasaannya sekolah asasi dan sekolah pelajar perempuan yang begitu beria-ia menyembutnya, tetapi sekolah pelajar lelaki sunyi-sepi, tiada cerita mengenainya.

Bila membelek suratkhabar, pelbagai iklan sambutan hari ibu diiklankan, inilah peluang mreka mendapatkan untung.

Alhamdulillah, pada hari tersebut kami ibu-ibu berkumpul sambil bercerita tentang sambutan hari ibu mengikut pengalaman masing-masing.

Rupa-rupanya sambutan ini sudah begitu lama disambut oleh ibu-ibu Mesir, Tunisia dan lain-lain hinggakan  rakan dari Mesir menceritakan  bahawa dia mempunyai begitu bnyak koleksi hadiah dan kad hari ibu yang dihadiahkan oleh anak-anak beliau yang  seramai tujuh orang. 

Ternyata hari ibu adalah begitu istimewa buat kaum ibu...
SELAMAT HARI IBU BUAT SEMUA IBU-IBU DAN IBU SAYA DI MALAYSIA...Moga Allah merahmati kehidupan kita semua...Amin.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kesan Perang Gaza

'Ammi atau Fushah?

Muscat Festival 2016