Berkhemah di Bar Jissah

Alhamdulillah hujung minggu lepas 21/3/2013 - 22/3/2013, kami bersama-sama beberapa keluarga lain berkhemah di Pantai Bar Jissah berdekatan Yiti disini. Program tersebut berjaya diteruskan sekali lagi selepas camping di Wahiba Sands akhir Januari lalu berjaya.
 
Alhamdulillah kali ini lebih ramai keluarga yang menyertainya kerana kedudukan tempatnya yang tidak jauh dari kediaman masing-masing, termasuklah beberapa keluarga yang hanya datang makan-makan dan balik bermalam dirumah masing-masing.

Sebaik sampai anak-anak  teruja untuk mandi laut, dipantai yang diubahsuai. Sempatlah juga mereka melihat ikan pari besar berenang, ketika mereka menyelam dan berenang di kawasan yang agak jauh dari pantai.

Hidang utama setiap kali berkhemah adalah daging bakar. Kali ini ia ditemani dengan pulut bakar, cubaan pertama saya untuk membuatnya.
 
Kenangan yang tidak akan dilupa ialah apabila angin bertiup amat kencang meruntuhkan khemah-khemah yang dipasang apabila masing-masing bersedia untuk masuk tidur. Ketika inilah semangat persaudaraan dan persahabatan jelas kelihatan, bilamana kesemua peserta sibuk membantu membetulkan balik khemah bersama-sama.
 
Moga ukhwah yang terjalin sepanjang program mampu diteruskan hingga ke akhir hayat.
 
Benarlah kata-kata...kita akan dapat mengenali seorang sahabat bila kita bermusafir bersama-sama, ketika itulah terserlah segala tingkah-laku yang baik dan tidak baik. Sama-samalah kita cari manfaat positif daripada program sebegini...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Alam Bermusim

Tujuan Belajar Khat

Surat Rasulullah SAW kepada Raja Oman