Meriahnya Maulud kali ini
Alhamdulillah kita berkesempatan menyambut maulud sekali lagi tahun ini. Walaupun tiada acara khusus dianjurkan pada tahun ini, saya tetap merasakan kemeriahannya. Bagaimana saya dapat merasakan kemeriahannya tanpa majlis berzanji dan berselawat? Sebenarnya setelah beberapa tahun menggunakan intenet dan pelbagai aplikasinya, tahun ini begitu ramai rakan yang menghantar pelbagai ucapan maulud, dari situ saya terasa kemeriahannya. Moga setiap ucapan yang dihantar diiringi kesedaran dan kasih sayang yang mendalam terhadap baginda Rasulullah saw. Alangkah indahnya jika setiap orang Islam yang begitu teruja menyambut maulidur rasul, menghayati apa sebenarnya yang diperjuangkan oleh Rasulullah saw. Apakah membesarkan maulud cukup dengan berarak, ataupun menghantar ucapan tahniah sesama kita? Ataupun kita ikuti dengan mempelajari sebaik-baiknya warisan peninggalan baginda. Mempelajari sebaik-baiknya warisan peninggalan baginda, kemudian mengamalkan ajaran baginda berpandukan al quran da...