Meriahnya Maulud kali ini

Alhamdulillah kita berkesempatan menyambut maulud sekali lagi tahun ini. Walaupun tiada acara khusus dianjurkan pada tahun ini, saya tetap merasakan kemeriahannya.

Bagaimana saya dapat merasakan kemeriahannya tanpa majlis berzanji dan berselawat?

Sebenarnya setelah beberapa tahun menggunakan intenet dan pelbagai aplikasinya, tahun ini begitu ramai rakan yang menghantar pelbagai ucapan maulud, dari situ saya terasa kemeriahannya.

Moga setiap ucapan yang dihantar diiringi kesedaran dan kasih sayang yang mendalam terhadap baginda Rasulullah saw.

Alangkah indahnya jika setiap orang Islam yang begitu teruja menyambut maulidur rasul, menghayati apa sebenarnya yang diperjuangkan oleh Rasulullah saw.

Apakah membesarkan maulud cukup dengan berarak, ataupun menghantar ucapan tahniah sesama kita? Ataupun kita ikuti dengan mempelajari sebaik-baiknya warisan peninggalan baginda.

Mempelajari sebaik-baiknya warisan peninggalan baginda, kemudian mengamalkan ajaran baginda berpandukan al quran dan al sunnah, mampukah kita?

Moga Allah memberikan kekuatan untuk kita menghidupkan sunnah baginda dalam kehidupan kita sehari-hari. Pelajarilah amalan yang sahih untuk kita amalkan daripada bangun tidur sehinggalah malam. Moga kita mendapat syafaat baginda di akhirat nanti. Amiin.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Alam Bermusim

Tujuan Belajar Khat

Surat Rasulullah SAW kepada Raja Oman