Bertasbihlah...Pembangkit Kasih Sayang
Bismillah... Alhamdulillah... Kita bertemu Jumaat lagi, mungkin Jumaat kali ini berbeza daripada sebelumnya. Moga ia membawa kebaikan dalam segenap sudut hidup kita. Setiap kali mengaji Quran kita akan bertemu perkataan berkaitan tasbih, satu bentuk amalan mulia yang disebut berulangkali didalam Quran. Malah ada beberapa surah dimulai dengan suruhan bertasbih seperti surah al hadid, al hasyr, al saff, al isra', al jumuah dan al taghabun. سبح لله ما في السموات واﻷرض وهو العزيز الحكيم Yang bermaksud: Bertasbih kepada Allah apa yang berada di langit dan dibumi; Dia-lah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. Manakala didalam beberapa ayat lain Allah swt menyebutkan bahawa semua makhluk yang ada dimukabumi ini bertasbih kepada Allah. Mereka mengetahui cara untuk bertasbih yang sesuai untuk mereka. Begitu juga manusia disuruh bertasbih dengan cara kita, iaitu dengan berzikir setiap hari. Di antara waktu bertasbih yang disebutkan didalam al quran ialah: 1. Sebelum terbit mat...