Surah Yaasin Sumber Kekuatan Rohani

Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana masih mampu menulis disini, mencoret sesuatu serta berkongsi ilmu yang begitu lama disimpan. Moga ia tidak lagi menjadi beban buat diri ini.

Satu amalan istimewa yang diamalkan oleh masyarakat melayu sejak bertahun-tahun dulu ialah amalan membaca surah yaasin. Apakah keistimewaan surah ini hinggakan ia dipilih diantara surah-surah lain untuk diamalkan setiap kali malam Jumaat, pertemuan-pertemuan istimewa serta pelbagai aktiviti lain.

Apakah ulama terdahulu tersilap memilih ataupun ada ilham yang mereka perolehi daripada Allah swt yang sesuai dengan persekitaran kita? Bersesuaian dengan riwayat tentang surah jni walaupun ia berstatus daif.

Apakah kelebihan surah ini yang mampu menyatukan hati-hati penduduk kampung yang ketandusan ilmu agama serta kurang mahir membaca? Semestinya ada satu alasan kuat untuk ulama-ulama tersebut menggalakkannya diamalkan dalam masyarakat kampung.

Ketika saya pelajari ilmu CVT dulu kami diberitahu bahawa ada diantara ayat-ayat quran yang mempunyai frekuensi sama dengan bahagian tertentu dalam tubuh kita. Jika kita selalu mengamalkannya bahagian tersebut akan stabil dan tubuh kita akan sihat.

Mengenai Surah Yaasin, rupa-rupanya ia mempunyai frekuensi yang paling penting untuk menjana kestabilan tenaga dalam seluruh tubuh kita. Subhanallah...

Frekuensi surah yaasin adalah sumber pengekalan semangat dan kekuatan tenaga rohani dalam tubuh kita. Jika ia diamalkan secara berterusan ia akan membantu tubuh kita berfungsi dengan betul.

Apakah hadis tentang surah yaasin yang dikatakan daif oleh ulama hadis sebenarnya anjuran daripada baginda Rasulullah saw? Jadi anjuran para ulama terdahulu sebenarnya untuk membantu umat Islam menguatkan tenaga rohani mereka? Subhanallah...

Apakah amalan tersebut yang membantu umat Islam memantapkan rohani mereka, serta menyatukan hati-hati insan setempat. Apakah perpecahan yang berlaku dikalangan masyarakat melayu sekarang berpunca daripada kurangnya makanan rohani ini?

Di dalam teori CVT, kelenjar pineal merupakan bahagian yang mengawal tenaga rohani dalam tubuh kita. Ia berwarna putih. Putih mampu menghasilkan pelbagai warna lain seperti warna-warna pelangi.

Jika putih ini stabil dan elok ia membantu bahagian lain dalam tubuh kita berfungsi dengan betul. Namun begitu jika putih itu lemah ia akan memincangkan fungsi organ lain didalam tubuh kita. Subhanallah.

Moga kita dapat jadikan amalan membaca surah yaasin sebagai satu cara memantapkan kekuatan rohani kita.

Sebenarnya isi kandungan surah tersebut begitu penting untuk kita hayati setiap hari agar tujuan hidup kita tidak lari daripada jalan yang benar. Moga setiap kali kita membaca surah tersebut, akan menambah getaran dihati kita untuk terus menambah amalan sehari-hari.

Pilihlah waktu khusus untuk kita beramal dengannya kerana frekuensi yang sama bila diulang-ulang pada masa yang tetap akan menggetarkan tubuh dengan stabil. Akan tetapi amalan yang tidak tetap dan konsisten akan mencelarukan tubuh kita.

Maka benarlan hadis Rasulullah saw sebaik-baik amalan adalah yang berterusan biarpun sedikit.

Moga kita dapat memulakan amalan yang sedikit ini untuk memantapkan kerohanian kita. Aamiin.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Alam Bermusim

Tujuan Belajar Khat

Surat Rasulullah SAW kepada Raja Oman