Bertasbihlah...Pembangkit Kasih Sayang

Bismillah...
Alhamdulillah...

Kita bertemu Jumaat lagi, mungkin Jumaat kali ini berbeza daripada sebelumnya. Moga ia membawa kebaikan dalam segenap sudut hidup kita.

Setiap kali mengaji Quran kita akan bertemu perkataan berkaitan tasbih, satu bentuk amalan mulia yang disebut berulangkali didalam Quran. Malah ada beberapa surah dimulai dengan suruhan bertasbih seperti surah al hadid, al hasyr, al saff, al isra', al jumuah dan al taghabun.

سبح لله ما في السموات واﻷرض وهو العزيز الحكيم
Yang bermaksud: Bertasbih kepada Allah apa yang berada di langit dan dibumi; Dia-lah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

Manakala didalam beberapa ayat lain Allah swt menyebutkan bahawa semua makhluk yang ada dimukabumi ini bertasbih kepada Allah. Mereka mengetahui cara untuk bertasbih yang sesuai untuk mereka.

Begitu juga manusia disuruh bertasbih dengan cara kita, iaitu dengan berzikir setiap hari. Di antara waktu bertasbih yang disebutkan didalam al quran ialah:
1. Sebelum terbit matahari dan sebelum terbenam, iaitu waktu pagi dan petang
2.ketika berdiri, bangun dari tidur, hendak meninggalkan majlis, berdiri untuk solat.

Ayat mengenai waktu bertasbih tersebut diulang-ulang sebagai peringatan kepada kita untuk tidak melupakan amalan ini sehari-hari. Apakah kebaikannya jika diamalkan secara berterusan?

Sewaktu mempelajari ilmu cvt dulu, saya diberitahu bahawa sebutan tasbih mampu mengaktifkan bahagian otak yang mengawal perasaan kasih sayang. Subhanallah. Ia juga sebutan untuk menyatakan perasaan kasih sayang kita kepada Allah swt.

Ia memang sesuai dengan gambaran yang disebut dalam hadis Rasulullah saw, sebagai contoh tasbih
سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم
Ia disebut dalam hadis, "dua kalimah yang lembut dilidah, tetapi berat ditimbangan, subhanallah wa bihamdihi, subhanallahil adzim." Satu tasbih lain yang amat besar pahalanya ialah
سبحان الله وبحمده عدد خلقه ورضا نفسه وزنة عرشه ومداد كلماته

Bayangkan bila hari kita dimulai dengan aktiviti mengaktifkan bahagian berkaitan dengan kasih sayang, hari tersebut akan mampu kita lalui dengan tenang dan gembira. Kemudian ia diaktifkan semua menjelang malam, ketika kita begitu letih dengan urusan sepanjang hari. Maha Suci Allah yang mengatur segala kebaikan untuk hamba-Nya jika kita mengetahui.

Apabila perasaan kasih lengkap, kita akan mampu berinteraksi dengan tenang dengan orang disekeliling kita. Kita juga akan lebih mudah berempati dengan insan di sekeliling kita.

Itulah yang kita dapat lihat dalam kehidupan haiwan disekeliling kita, kehidupan yang tersusun dan teratur dan dipenuhi kasih sayang sesama mereka. Ini kerana setiap jenis haiwan sentiasa bertasbih kepada Allah swt dengan cara yang diketahui secara fitrah. Subhanallah.

Moga kita dapat hidupkan amalan mulia yang banyak kali diulang didalam al-quran untuk kebaikan kita sendiri. Bertasbihlah...moga kita lebih tenang dan ceria.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kesan Perang Gaza

'Ammi atau Fushah?

Muscat Festival 2016