Melihat Dari Jauh


Alhamdulillah syukur kepada Allah swt kerana masih ada kekuatan untuk menulis disini.

Alhamdulillah...alhamdulillah syukur diatas segala nikmat kurniaan ilahi kepada kita semua, masih mampu menikmati hidup ini.

Melihat dari jauh, itulah yang sudah tiga kali saya dialami semenjak berada jauh dari tanahair tercinta. Bukan hati tak ingin pulang tetapi tak cukup kekuatan untuk menghadapi realiti disana.

Mungkin ketika terlepas peluang kali pertama, saya tidak terasa kepedihannya seperti kali kedua dan bulan ini kali ketiga. Ini kerana ketika itu saya begitu sibuk menguruskan anak-anak sekolah, dan kurang menggunakan kemudahan internet.

Entah kenapa kali ini, hati terasa amat pedih. Ada satu perasaan yang sukar nak digambarkan setiap kali mengikuti berita-berita dan menonton live. Semoga Allah memberi kekuatan kepada diri ini untuk terus berdiri.

Ya, melihat dari jauh menjadikan kita lebih menghargai apa yang ada. Melihat dari jauh juga menjadikan kita lebih bersyukur apa yang ada dibumi bertuah.

Perasaan ini tidak akan sama dengan perasaan insan yang tidak pernah meninggalkan tanahair dalam waktu yang lama. Saya ingin melihat dan mendengarkan yang baik- baik saja.

Apabila mendengar berita-berita sedih tentang tanahair, terasa ingin membawa diri lebih jauh, mengubah segala impian yang dipacakkan sebelum ini. Tetapi saya sedar, itu hanyalah tindakan insan yang berputus asa.

Saya sedar bahawa saya berada dibumi asing, dalam keadaan terasing, bertemankan warga asing, semoga apa yang berlaku diTanahair bukanlah asing buat saya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kesan Perang Gaza

Sekadar Berkongsi...ibu sibuk bekerja, anak-anak?

Pendidikan di Oman