Hikmah di Sebalik Perpecahan Ummah
Bila membaca tentang perpecahan dan fitnah yang berlaku kepada umat Islam pada zaman kerajaan Umayyah, saya selalu berfikir mengapa terjadi begitu? Mengapa umat Islam yang memahami Al-Quran dan mengetahui banyak hadis-hadis Rasulullah saw berkelakuan sebegitu? Mengapa mereka melakukan kekejaman tehadap cucu baginda Rasulullah saw serta pelbagai lagi rasa tidak puas hati?
Sebenarnya kita cuma membaca cerita-cerita sejarah ini, mengikuti tulisan ulama terdahulu melalui tulisan sahaja. Kita tidak berada tempat mereka, tidak merasai apa yang mereka rasa. Kita juga lupa itulah ketetapan Allah swt, yang menjadi pendorong kepada usaha mengumpulkan hadis-hadis Rasulullah saw. Berikutan peristiwa tersebut, ramai para tabien berusaha keras untuk mengumpulkan hadis-hadis yang diriwayatkan daripada para sahabah baginda. Malah mereka berjaya menghasilkan satu ilmu mengenalpasti hadis-hadis Rasulullah saw. Satu ilmu yang sangat hebat untuk menilai mutu hadis yang diriwayatkan oleh periwayatan hadis.
Itulah diantaran hikmah yang kita perolehi daripada peristiwa perpecahan umat Islam ketika itu. Bukan semua umat Islam ketika itu menerima peristiwa tersebut sebagai negatif, tetapi mereka mencari positifnya untuk diteruskan. Barulah kita mengetahui bahawa para Tabien lebih bersikap positif dalam banyak perkara. Usaha-usaha yang mereka jalankan mampu menjamin kesahihan setiap hadis yang diriwayatkan dari periwayatnya. Begitulah hebatnya pemikiran umat Islam terdahulu, malah itulah sikap yang seharusnya ada dalam setiap diri umat Islam.
Apakah kita cuma mengira berfikir positif ini adalah satu ilmu baru? Ini kerana sejak akhir-akhir ini ia amat hebat diperkatakan oleh umat manusia, timur dan barat. Dimana-mana saja kita mendengar ungkapan ini diperkatakan sebagai asas kejayaan dalam hidup. "Be positif", "yakin boleh" serta pelbagai lagi yang boleh mengingatkan kita agar berfikir positif setiap masa.
Sekiranya kita mengikuti sejarah hidup para Sahabah Rasulullah saw, para tabien dan ulama selepas mereka, ternyata pelbagai contoh sifat positif mereka amalkan. Cuma sikap positif mereka digunakan untuk menghasilkan ilmu yang amat bernilai, serta menegakkan agama Islam, ia berbeza dengan umat zaman ini yang menggunakan sifat ini untuk mengatasi masalah stress, mengumpulkan kekayaan dan sebagainya untuk tujuan keduniaan. Ia kurang digunakan untuk menghasilkan ilmu-ilmu hebat untuk kegunaan umat Islam, sebab itulah kita banyak bergantung kepada orang-orang bukan Islam dalam keperluan seharian kita.
Artikel ini ditulis bukan untuk menyokong perpecahan ummah tapi sekadar mengimbau kembali sejarah lama, peristiwa yang bermula pada zaman Saidina Usman bin Affan r.a, bersambung pada zaman pemerintahan Saidina Ali bin Abi Talib dan zaman selepasnya. Hingga akhirnya umat Islam terpecah kepada beberapa golongan besar, yang masih wujud hingga ke hari ini. Sememangnya ada kesilapan yang berlaku tapi ia telah berlaku dan cuma tinggal sejarah, maka tugas kita ialah cuba memahami apa yang berlaku, serta mengambil pengajaran agar ia tidak berulang lagi. Itulah ketetapan Allah swt, tiada siapa yang dapat menghalangnya. DIA yang Maha Berkuasa,DIA mampu menetapkan segalanya.
Saya tidak berminat untuk menulis secara ditil sejarah ini,kerana tujuan tulisan ini adalah untuk membincangkan hikmah disebalik apa yang berlaku. Rujuklah buku-buku sejarah Islam untuk mendapatkan cerita lebih lanjut tentang perpecahan ini.
Sejarah yang berlaku ini banyak meninggalkan kesan kepada umat Islam, iaitu perpecahan umat Islam hingga akhirnya umat Islam menempuh zaman taklid dan jumud. Sesungguhnya Rasulullah saw banyak memberitahu tentang apa yang akan berlaku kepada umat akhir zaman. Setengahnya sampai kepada kita manakala sebahagian lagi mungkin terdapat dalam kitab-kitab hadis yang diriwayatkan oleh perawi-perawi Syiah, Ibadiyah dan lain-lain yang masih berterabur.
Jadi sekiranya umat Islam hari ini mampu bersatu dan mengumpulkan balik kitab-kitab hasil tulisan ulama terdahulu, tidak mustahil kita mampu menghasilkan penemuan yang hebat, dapat mengatasi orang-orang barat. Ini kerana terdapat masih banyak buku-buku tulisan ulama terdahulu yang tidak diketahui oleh kita disebabkan perbezaan mazhab aqidah. Orang-orang Syiah memiliki kitab-kitab hadis yang diriwayatkan oleh perawi mereka yang tidak disebutkan dalam kitab asma al-rijal. Begitu juga kitab-kitab milik golongan Ibadiyah di Oman yang ternyata mengandungi ilmu yang amat tinggi tapi tidak pernah dikaji oleh pengikut Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Malah kitab hadis milik golongan Ibadiyah diriwayatkan oleh Imam Jabir bin Zaid yang tidak tersenarai dalam nama murid-murid Ibn Abbas sedangkan beliau merupakan murid Ibn Abbas yang termashyur. Itulah kesan perpecahan umat Islam terdahulu. Sekiranya umat Islam hari ini tidak berfikiran terbuka, dan mengutamakan hubungan persaudaraan sesama muslim, kita tidak akan mampu mengumpulkan kesemua ilmu ini. Ini kerana kita telah hidup begitu lama dengan cerita-cerita keburukan golongan selain Ahl Sunnah Wal Jamaah. Kita cuma melihat keburukan tanpa melihat kebaikan disebalik semua itu.
Umat Islam ini yang diasingkan dalam sistem politik terdahulu, malah diperintah untuk diperangi dan dibunuh sebenarnya memiliki sebahagian daripada warisan peninggalan Rasulullah saw yang sudah pupus dari golongan lain. Begitu juga golongan Syiah yang masih memiliki ciri-ciri yang positif dan boleh diambil sebagai panduan hidup kita. Begitulah hikmahnya Allah swt mengasingkan sesuatu golongan agar ada insan yang masih memelihara contoh agama ini. Sekiranya sifat-sifat murni ini digabungkan kita akan dapat melihat contoh ajaran Rasulullah saw. Tapi mampukah kita melakukannya?
Hari demi hari orang Oman mampu menonjolkan kehebatan mereka di mata dunia, Iran juga masih teguh dengan nilai mereka. Golongan Ahli Sunnah wal Jamaah juga memiliki nilai-nilai yang sama. Kesemua kita beriman kepada Allah dan hari akhirat. Aqidah tauhid inilah yang menghubungkan sesama kita, mengapa kita tidak boleh duduk semeja untuk menyatukan semua ilmu ini dan menghasilkan satu penemuan baru berasaskan Al-Quran dan Sunnah. Moga Allah membuka hati kesemua golongan ini untuk saling bertolak-ansur dan bersatu. Amin.

Ulasan